Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Malam Gala Pengabdi Setan 2: Communion Di Kuala Lumpur Dibanjiri Artis Terkenal!

by Phic ARMAN
August 10, 2022
Share on Facebook

Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Pengabdi Setan 2: Communion  telah diadakan malam tadi, Selasa (9/8/2022) yang berlangsung di panggung wayang GSC Tropicana Gardens, Kuala Lumpur. Murai MY turut terlibat dalam penganjuran malam gala ini dan ternyata sangat meriah dengan menyaksikan ramai penggiat seni dan pelakon terkenal Malaysia menghadiri malam gala Pengabdi Setan 2.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin turut menghadiri malam gala sekaligus menyaksikan sendiri filem arahan Joko Anwar ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin

Mengulas mengenai filem ini, beliau berkata mutu lakonan filem berkenaan amat memuaskan.

“Pelakon (filem) telah memberikan prestasi yang menjadikan filem lebih menyeramkan, dan itu adalah sesuatu yang amat membanggakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Tayangan Perdana filem berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi FINAS, YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Prof Dr. Md Nasir Ibrahim, ahli-ahli perbadanan FINAS dan dif-dif jemputan. Tidak ketinggalan, turut bersama di majlis mala gala, Ketua Pegawai Operasi GSC Movies, Tung Yow Kong.

Kelihatan selepas tayangan filem tersebut, beberapa pelakon hebat melahirkan rasa gembira selepas menonton filem Pengabdi Setan 2 Communion yang akan disiarkan serentak di seluruh Malaysia pada 11 Ogos 2022.

Bermula dari pelakon, Naim Daniel, Liyana Jasmay, Theebaan. G, Esma Daniel, Adriana Adnan, Issey Fazlisham, Raja Atiq, Amy Nur Tinie dan ramai lagi. Selebriti lain yang turut menyerikan acara malam gala termasuklah penyanyi, Ismail Izzani, Amir Masdi,  Azwan Ali, Dr. Soo Wincci dan Taufiq Hanafi.

VIA IG Liyana Jasmay

Malam Gala turut dimeriahkan dengan kehadiran penerbit dan pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd., Datuk Normashayu Puteh, dan Adrian Teh yang merupakan penerbit dan pengarah filem Malaysia yang terkenal dengan filem PASKAL.

Pengabdi Setan 2: Communion akan mula ditayangkan pada 11 Ogos ini menampilkan barisan pelakon seperti Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz dan Bront Palarae. Ia merupakan sekuel filem berjudul Pengabdi Setan yang ditayangkan pada 2017.

Jom lihat foto-foto sekitar Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Pengabdi Setan 2: Communion.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  2. 2

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  4. 4

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

  5. 5

    “Saya Suami & Ayah Paling Bertuah”- Ucapan Suami Nelydia Senrose Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara