Pelakon, Hafreez Adam tampil bersuara tentang individu yang telah melanggar keretanya berhampiran tempat letak kereta di Setiawangsa baru-baru ini.
Memaafkan
Menerusi Insta Stories, Hafreez mengatakan bahawa dia memaafkan individu yang telah melanggar keretanya itu, namun adalah sebaiknya jika individu yang tidak dikenali tersebut bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan.
“Hi awak yang langgar kereta saya yang dekat parking di Setiawangsa pagi kelmarin (10/9). Saya cuma nak cakap, saya halalkan perbuatan awak ni ye.
Semoga dimurahkan rezeki awak, supaya kalau terjadinya perkara macam ni lagi, awak boleh bertanggungjawab.”-Tulis Hafreez
“At Least Tinggalkanlah Number..”
Menyifatkan tindakan individu itu adalah satu tindakan yang tidak baik, Hafreez berkata, dia akan lebih ‘sejuk hati’ jika individu tersebut memohon maaf kepadanya secara baik.
“Tak baik buat macam ni. At least tinggalkanlah number, boleh awak minta maaf sekurang-kurangnya. Tapi tak apa, saya maafkan.
“Cuma, lagi sejuk hati ni kalau awak personally minta maaf. Dan kepada yang di luar sana, berhati-hati lah ketika memandu ye.”-Tulisnya.
Jujurlah jika telah melakukan kesalahan, jika tidak mahu kesilapan itu akan menghantui diri seumur hidup…
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.