Pempengaruh, Anna Sorokin dibebaskan dari hukuman penjara setelah berada dalam tahanan Imigresen Amerika Syarikat dan Penguatkuasa Kastam selama 17 bulan kerana menetap lebih dari tempoh dalam Visanya.
Sosialit Palsu
Anna Sorokin juga didakwa merupakan seorang sosialit palsu dan menyamar dengan nama Anna Delvey dan memiliki satu juta pengikut di Instagram. Menurut laporan dari Bloomberg, Anna dibebaskan dari tahanan di Orange County, New York.
Wanita kelahiran Rusia dan memegang kerakyatan negara German ini juga, diarahkan oleh hakim imigresen untuk membayar ikat jamin sebanyak AS$10,000 atau lebih kurang RM46,300.
Bukan itu saja, Anna juga perlu dipantau 24 jam di kediamannya menerusi pemantauan elektronik dan dia juga dilarang menggunakan mana-mana platform media sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook dan TikTok.
Sekadar info, Anna Sorokin sebelum ini menerima hukuman dari empat sehingga 12 tahun penjara pada tahun 2019 kerana didapati bersalah mengeksploitasi dan melakukan penipuan pada pihak bank, hotel dan juga rakan-rakannya yang bernilai puluhan ribu sepanjang menyamar sebagai sosialit.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.