Sebut sahaja nama Kevin Zahri, pasti ramai yang membayangkan tips kesihatan yang sering dia kongsikan. Kevin yang kini begitu aktif di laman TikTok sering menjawab soalan dari peminat tentang gaya hidup sihat. Malah, jurulatih kecergasan ini juga menjawab hal peribadi dari peminatnya di TikTok. Salah satu soalan yang mencuri perhatian MURAI MY ialah berhubung agama yang dianutinya. Ini gara-gara ramai yang keliru samaada Kevin menganuti agama Kristian ataupun Islam.
Kevin berkata, dia dibesarkan dengan agama Kristian pada waktu kecil dia mana ibunya beragama Kristian berasal dari Jerman.
“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri pada masa lalu.
“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama. Kami ke gereja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” katanya mengimbau zaman kecilnya.
Bapa Dapat Hidayah
Sambung Kevin lagi, bapanya mendapat hidayah dan kemudian mula memimpin anak-anak dalam mempelajari agama Islam.
“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak. Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” kata Kevin.
Kevin turut mengakui pada awalnya dia tidak dapat menerima dan mempersoalkan tentang kedua-dua agama itu,
“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B. Apa-apa pun Alhamdulilah saya seorang muslim sekarang” katanya menutup bicara.
Kevin mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihannya, Rio Elani pada bulan April 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata.
@kevinzahri Life is a journey of discovery ❤️
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.