Terbaru, Datuk Fazley Yaakob ada memuat naik satu video di TikTok miliknya mengenai aktivitinya melakukan senaman di gym.
Melahirkan Rasa Sedih
Dalam penulisaanya, Fazley turut melahirkan rasa sedih mengenangkan ramai yang pernah melontarkan tohmahan berbentuk bodyshaming kepada dirinya sejak sekian lama.
Menurut Fazley lagi, pelbagai bentuk bodyshaming pernah diterima dan ia selalunya datang daripada hampir semua lapisan masyarkat.
‘Orang Tak Makan Makanan Chef Yang Kurus’
Malah Fazley juga pernah ditegur oleh rakan-rakan chef mengenai saiz badannya yang agak kurus ketika dia sering melakukan ‘jogging’ sepanjang 10 kilometer sehari.
Ada juga kalangan rakan-rakan chef yang tegur “kau kurus sangai bhai, orang tak makan makanan yang chef kurus masak”
Menurut rakan chefnya, pelanggan selalunya tidak akan memakan makanan dari golongan chef yang kurus.
Pergi Ke Gym 6 Kali Seminggu
Terbaru, Fazley turut berkongsikan aktivitinya sekarang ini dimana sedang cuba untuk besarkan sedikit badannya dengan pergi ke gym 6 kali seminggu, muaythai 4 kali seminggu dan badminton 3 kali seminggu.
Tambahnya lagi, walaupun dia cuba membesarkan badan dan mengamalkan hidup sihat, namun masih ada mulut lahan*t yang megatakan dia sudah gemok.
Akhir penulisannya, dia agak kesal dengan segelintir sikap sesetengah orang dan sedikit penat kerana sering kali kena tegur dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.