Istanbul Aku Datang! Mesti pernah tengok filem ini yang pernah memecah panggung berjaya meraih kutipan kasar sebanyak RM 3.58 juta. Pada malam Gegar Vaganza temph hari, kedua pelakon dalam filem tersebut dapat berjumpa dan bersua-muka dan boleh dikatakan sebagai reunion filem tersebut.
Pelakon Datin Lisa Surihani meluahkan rasa terujanya apabila dapat bertemu semula dengan penyanyi Tomok ketika di program langsung Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).
Menerusi perkongsian di Instagram, Lisa menyatakan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Tomok yang pernah berganding dengannya menerusi filem, Istanbul Aku Datang.
Hasil tinjauan Murai.MY di ruangan komen rata-rata pengikutnya meluahkan rasa teruja dan turut terimbau dengan babak-babak menarik menerusi filem lakonan mereka. Mana taknya, filem ini menjadi filem kegemaran rakyat Malaysia sehingga hari ini.
“Sebab Cite Istanbul tu lah Aku Makan Maggi Asam Laksa”
Sekadar info, Istanbul Aku Datang! merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 diarahkan oleh Bernard Chauly dan ditulis oleh Rafidah Abdullah. Ia dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy. Ia berkisarkan tentang Dian yang sanggup terbang ke Istanbul, Turki untuk berada dekat kepada kekasih hatinya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.