Tiada harta yang setinggi nilai curahan kasih sayang ibu kepada anak. Namun begitu, Khalid perlu menyara dan membesarkan anaknya, Salina, yang masih kecil seorang diri tanpa kasih sayang daripada seorang ibu.
Setiap Isnin Hingga Khamis
Terbaru di slot Samarinda TV3, saksikan drama terbaharu Rindu Kasih yang sudah pun mula bersiaran pada 16 November setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.
Drama 15 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi P&D Pictures Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Pali Yahya dengan penulisan skrip bersama daripada K. Adlie dan Shaza Talib.
Barisan Pelakon Handal
Drama ini menggandingkan barisan pelakon terkenal seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Amyza Aznan, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.
Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina (Ummi Nazeera) yang berusia hanya beberapa bulan.
Mengisahkan Pencarian kasih Sayang Seorang Ibu
Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.
Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam) iaitu anak kepada Zamani (Nik Ramly) yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya dan berkahwin dengan Salina.
Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Rindu Kasih menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.