Terbaharu, pelakon, Azhan Rani berkongsi gambar-gambar di media sosialnya ketika sedang bercuti bersama ibunya yang dilihat para warganet tahu tempat-tempat makan yang dipergi oleh Azhan ini.
Azhan Rani membawa ibunya bercuti di Baling, Kedah dan negara Thailand. Mereka dilihat berjalan- jalan di sekitar kawasan percutian itu dan menjamu selera di tempat makan yang terkenal di sana. Beliau juga sempat bersoloroh dengan masyarakat disana. Azhan yang membawa ibunya dengan kerusi roda jelas sayang dan kasih seorang anak kepada ibu yang ingin meluangkan masa bersama.
Melihat ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji kebaikan Azhan Rani terhadap ibunya.
Sekadar info, Azhan Rani masih lagi tidak berkahwin dan menumpu penuh perhatian kepada ibunya selepas pemergian ayahnya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.