Suami kepada pelakon wanita , Ummi Nazeera iaitu Izzar Anwari berkongsi scene isterinya dalam sebuah drama terbaharunya iaitu Rindu Kasih yang masih dalam tanyangan di TV3. Video yang dikongsikan oleh suami pelakon tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet Tiktok.
Video yang dikongsi di akaun Tiktok Izzar memaparkan lakonan Ummi Nazeera yang menyerang ibu mertuanya dan disaksikan oleh suaminya yang dilakonkan oleh Izzue Islam. Babak tersebut mendapat pujian oleh warganet kerana bersesuain dengan watak yang diberi kepada Ummi.
Sebalik itu, Izzar juga puji dengan lakonan isterinya dan memberikan satu kapsyen khas untuk isterinya.
“Benda boleh gaduh, buat apa nak baik2? Dari seorang yang baik innocent, terus meletup disebabkan oleh dendam kesumat orang lain. Kesian Salina. Kalau ini tak menang anugerah pelakon wanita terbaik tahun depan, korang cakapla kat saya. Saya sendiri yang akan buat award tu kasi kat dia. p/s : Macam lebih 10 minit scene ni sahaja. Editor pun mesti taknak cut banyak2 takut terlepas intipati2 penting. Terbaik editor @Nazeera Ummi“
@izzaranwari Benda boleh gaduh, buat apa nak baik2? Dari seorang yang baik innocent, terus meletup disebabkan oleh dendam kesumat orang lain. Kesian Salina. Kalau ini tak menang anugerah pelakon wanita terbaik tahun depan, korang cakapla kat saya. Saya sendiri yang akan buat award tu kasi kat dia. p/s : Macam lebih 10 minit scene ni sahaja. Editor pun mesti taknak cut banyak2 takut terlepas intipati2 penting. Terbaik editor @Nazeera Ummi #fyp #rindukasih
Rata-rata netizen memberi komen yang positif tentang watak yang dibawa oleh Ummi keran ia sangat terkesan kepada penonton dan juga ada yang membuatkan air mata mereka mengalir.
“Hebat Lakonan Ummi Nazeera.. Menangis Aku”
Sekadar info, Ummi akhiri zaman solo dengan seorang doktor iaitu Dr Izzar pada tahun 2017. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.