Nama seorang influncer ini kian naik selepas satu per satu rezeki memihak kepada gadis berdarah kacukan Malaysia-Afrika, Aya Amiruddin apabila ditawarkan berlakon di sebuah drama rantaian serta pementasan teater. Sebelum ini, beliau dikenali di aplikasi Tiktok sahaja, namun kali ini beliau dalam terbang dan menerpa nama di dunia hiburan.
Terbaharu, beliau memuat naik satu video di Tiktoknya yang memaparkan beliau memegang watak seorang pontianak. Namun, lain pulak jadinya, gelagatnya membuatkan warganet terhibur dengan menukarkan tone suaranya menjadi suara kartun.
Yelah, beliau memang terkenal dengan sikapnya yang spontan dan juga seorang pelawak.
https://www.tiktok.com/@freakayaisfreak/video/7179943285962607898?_r=1&_t=8YP9S6OhktF&is_from_webapp=v1&item_id=7179943285962607898
Rata-rata netizen tak kering gusi melihat gelagat beliau di dalam ruangan komen. Beliau dilihat dalam sesi pengambaran yang sedang berjalan kerana terdapat salah seorang kru disitu. Beliau juga terkenal dengan watak parody yang selalu beliau post di Tiktok dan Instagramnya.
“Aku cuba untuk merasai ketakutan dan keseraman dengan hantu ni, tapi aku tak mampu”
Sekadar info, Aya Amiruddin dilahirkan di ibu kota dan dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil lagi, ibu kandungnya berbangsa Melayu manakala bapanya orang Afrika dari Nigeria.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.