Social experiment sudah dijadikan sebagai satu konten di YouTube, TikTok, Instagram dan Facebook yang berkonsep prank atau berpura-pura melakukan sesuatu. Konten tersebut bertujuan mencari tahu apa dan bagaimana reaksi target, dan juga orang awam.
Satu video di Tiktok, yang menunjukkan team membuat satu social experiment sewaktu hujan. Dapat dilihat, seorang lelaki sebelah tangannnya memegang payung, manakala satu lagi tangan memegang batu.
Kelihatan macam pelik, tapi itulah perkara yang dibuat. Ini kerana sikap pemandu yang tidak prihatin. Apabila waktu hujan, air akan bertakung ditepi jalan, kadang-kala ada orang awam menunggu ditepi jalan, ada yang sedang berjalan.
Jadi, pemandu kereta ini kadang tidak perasaan air yang berada di jalan, kadang juga ada yang perasaan malah membawa dengan laju sekali sehingga orang yang berada di tepi jalan tersebut basah terkena percikan air.
@cikguperancis
Rata-rata wargenet setuju dengan tindakan pemuda ini untuk melihat kepekaan pemandu ketika hujan. Ia lebih kepada sifat peka terhadap sekeliling.
“Betul2 Displin depa semua “
Maka, sosial eksperimen tersebut membuatkan para pemandu membawa kereta dengan pelahan, kerana takut akan dibaling batu oleh orang awam. Kalau tidak, para pemandu tidak ada sifat bertimbang rasa. Namun, apakah perlu membuat perkara tersebut setiap kali hujan ?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.