Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

“Kulit Makin Cantik” – Dr. Dennis Gross Saran Gabungkan Vitamin C & Acid Lactic Dalam Rutin

by Lisa Ghani
January 27, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Rutin kecantikan setiap orang berbeza-beza. Ada yang menggunakan produk vitamin C dengan senang hati tanpa sebarang reaksi kulit. Sesetengah yang mengalami kulit meradang bila menggunakan bahan aktif.

Kamu pula bagaimana, pernah menggunakan produk dari bahan-bahan aktif?

Vitamin C ialah ramuan penjagaan kulit serba guna yang berkesan dan bukan saja terkenal untuk pencerahan kulit tetapi juga boleh menggalakkan pengeluaran kolagen, menghapuskan radikal bebas, mengurangkan hiperpigmentasi dan macam-macam lagi.

Kini, muncul pula inovasi terbaru Dr. Dennis Gross Skincare untuk Koleksi Vitamin C Lactic. Hebatnya gabungan duo ramuan berkuasa yang membawa keberkesanan vitamin C ke tahap baru dalam mengubah rutin penjagaan kulit yang lebih baik.

Foto – Sephora

Kulit cantik sempurna yang kamu idamkan, kamu boleh kecapi dengan rangkaian produk ini.

Tapi Vitamin C dan Acid Lactic bergabung? Tak ke lagi kuat pada kulit? Walaupun bahan aktif dikenali mampu berfungsi dengan sendirinya, tetapi menggabungkan vitamin C dan acid lactic akan meningkatkan faedah satu sama lain.

Kenali Acid Lactic, ‘Keluarga’ AHA Paling Lembut

Acid Lactic dikenali sebagai ahli ‘keluarga’ AHA yang paling lembut dan berfungsi untuk melarutkan pembentukan kulit mati dan memulihkan sel, yang menghasilkan kulit yang lebih licin.

Oleh kerana saiz molekulnya yang besar, ia melambatkan proses penembusan ke dalam kulit menjadikannya bahan yang kurang merengsa berbanding AHA yang lain. Jadi, ia amat bagus untuk mereka yang pertama kali ingin mencuba pengelupasan kimia atau mereka yang mempunyai kulit kering atau sensitif.

Bagaimana Vitamin C & Acid Lactic Bekerjasama

Acid Lactic berfungsi dengan menghapuskan perlahan-lahan lapisan permukaan sel kulit mati yang membentuk penghalang, membolehkan vitamin C meresap ke dalam kulit, malah berfungsi antioksidan dan pencerahannya.

Ia juga menjana pengeluaran ceramide yang menguatkan penghalang kelembapan kulit, meningkatkan penghidratan. Menjadikan bahan yang sempurna untuk vitamin C yang kadangkala boleh menyebabkan kerengsaan apabila digunakan sendiri.

Foto – Sephora

Kalau kamu nak cuba keberkesanan gabungan duo ini, tambahkan rangkaian Dr. Dennis Gross Vitamin C Lactic ke dalam rutin.

Produk ini boleh didapati secara eksklusif di www.sephora.my dan di stor pada 26 Januari dan seterusnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
acid lacticdr. dennis grossvitamin c
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Wajah Berminyak
Kecantikan

Kenapa Wajah Jadi Sangat Berminyak Selepas Bangun Tidur?

by Nurul A.
October 23, 2026

Pernah tak kamu bangun je tidur, wajah rasa melekit dan berminyak sangat? Kalau kamu nak tahu, sebenarnya ada banyak faktor...

Read moreDetails
Ketiak
Kecantikan

Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

by Nurul A.
October 21, 2026

Memiliki ketiak gelap bukanlah satu masalah kesihatan yang serius, tetapi boleh menggangu penampilan mereka yang gemar mengenakan baju tanpa lengan...

Read moreDetails
Foto - The Ordinary
Kecantikan

Krim Mata The Ordinary Beri Perbezaan Ketara Pada Bahagian Mata Dalam 30 Minit?

by Nurul A.
September 12, 2026

Jenama penjagaan kulit dari Kanada, The Ordinary memperkenalkan Lacto-PDRN* 4%+B9 Eye Cream, iaitu krim mata yang direka untuk memberikan ketegasan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara