Pengasas Rare Beauty ini menjadi lebih ‘real’ di media sosial dengan beberapa selfie dirinya tanpa sebarang solekan.
Pada hari Rabu (1/2/2023), Selena berkongsi beberapa foto dirinya tanpa solekan, hanya dengan kapsyen ‘Me’.
Foto tersebut menampilkan Selena memakai sweater biru dan hitam, dengan menyerlahkan kecantikan semula jadi dan rambut kerintingnya. Dia bukan sahaja mempamerkan kulit yang segar, malah jerawat di atas bibir menjadikannya sangat real. Foto tersebut mencetus perhatian netizen.
Walaupun sesetengah selebriti tidak pernah menyiarkan foto tanpa penapis, solekan atau suntingan profesional. Selena sebaliknya mengambil langkah berani.
Peminat Selena pula meraikan selfie ini dengan memenuhi komen positif, yang kebanyakan menyatakan ‘natural beauty’ dan memujinya dengan mesej positif.
Bukan peminat saja, selebriti turut memuji penyanyi dan pelakon itu. Antaranya Nicola Peltz Beckham, Connar Franklin, Stuart Vevers dan ramai lagi.
Setakat artikel ditulis, gambar selfie Selena telah mengumpul lebih 8 juta tanda suka dengan komen lebih 70 rib.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.