Netizen semakin teruja melihat telatah Muhammad Bilal yang merupakan anak sulung kepada pelakon dan pengacara Neelofa dan PU Riz.
Dahulu netizen pertikaikan mengenai wajah Bilal yang disorok. Kemudian apabila wajahnya dipertontonkan kepada umum, netizen mula tidak sabar untuk menyaksikan telatah Bilal yang comel.
Bilal yang baru saja memasuki umur 1 tahun mempunyai banyak karenah, antaranya Bilal suka bercakap apabila mendengar umminya berbicara atau mendengar orang sekeliling bersembang.
Bilal Dah Mula Nak Bersembang
Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna tiktok @seorangnur mendapat perhatian dari orang ramai di mana mereka melihat terlatah Bilal yang mencuit hati.
@seorangnur Ada orang sebut “Mamamama” lahh 😂 Bilal nak mamamm ke 😂 Rindu dak tecik Bilal 🥹🥰 #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca
Di dalam video tiktok tersebut yang memaparkan Neelofa sedang berbicara mengenai perjalanan ke Madinah sambil mengambil video dengan menggunakan telefon bimbitnya, dan pada masa sama kedengaran suara Bilal menyebut “mamamamamaaaaaa”.
Manakala di ruangan komen juga rata-rata memuji akan kecomelan Bilal
“Tak lama lagi kecohlah ummi sembang bersama Bilal. Banyak lah ceritanya nanti, cute”-kata mereka
“comelnya Bilal sebut mamamamaa”-tulis mereka
“Comel Gile suara”-balas mereka
“Masya-Allah, cute dan manjanya suara sheikh Bilal. Semoga Allah Permudahkan”-tulis mereka
“first time aku dengaq suara budak bilal ni”-kata mereka
“hahahahaha dengar suara pun dah comel”-tambah mereka
Apa-apa pun Bilal memang seorang kanak-kanak yang comel. Murai MY mendoakan kesihatan buat bilal dan keluarga, semoga membersar menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.