Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Jangan Tak Tahu Tidur Boleh Baiki Kulit Kamu. Ini Baru ‘Beauty Sleep’ Yang Betul

by Lisa Ghani
March 14, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

“Beauty sleep” adalah kenyataan. Kulit kamu menggunakan waktu tidur untuk memulihkannya daripada kerosakan hari itu. Itulah sebabnya kamu mungkin bangun kelihatan segar dan berseri-seri. Kuncinya adalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, 7 hingga 9 jam berkualiti setiap malam.

Kamu tanyalah mana-mana pakar dermatologi, salah satu resepi untuk kulit yang bersih adalah mendapatkan tidur yang cukup.

Foto – Elle

Putaran tidur yang tidak betul, bukan sahaja akan memberi kesan kepada minda, tubuh badan, malah terlihat dengan jelas pada kulit wajah. Kulit kelihatan lebih kering, kesat, nampak tua dan tidak bermaya, keseluruhannya tidak sempurna.

Jika kamu mendapat kurang daripada 6 jam, ia mungkin menjejaskan penampilan kamu. Di sinilah timbulnya peningkatan hormon stress dan keradangan. Kekurangan tidur menyebabkan penurunan aliran darah ke kulit di sekeliling wajah kamu. Malah, terjadilah kulit kusam dan tidak cantik.

Foto – Femina

Dipetik daripada Web MD, sekiranya kamu mengalami tidur malam yang tertekan, badan kamu akan menghasilkan lebih banyak glukokortikoid.

Glukokortikoid adalah hormon steroid yang merosakkan fungsi sistem imun. Penghasilan glukokortikoid yang berlebihan boleh menyebabkan keabnormalan pada struktur dan fungsi kulit yang mengakibatkan kerosakan, peningkatan sensitiviti serta keradangan kulit yang bertambah seperti jerawat dan psoriasis.

Kamu kena tahu, tidur adalah masa untuk seluruh badan kamu menjana semula, termasuklah kulit. Apabila kamu tidur lebih lama, kamu meningkatkan keupayaan semula jadi tubuh secara berkesan untuk melakukan fungsi penyembuhannya seperti menghilangkan jerawat.

Jadi, semasa tidur, badan kamu memperbaharui, menyembuh dan menyingkirkan toksin dari kulit. Tabiat tidur yang sihat dapat membantu mengurangkan keradangan dan mengehadkan masalah jerawat.

Foto – Pinterest

“Kulit menghasilkan kolagen baru apabila kamu tidur, yang menghalang kendur. Itu sebahagian daripada proses pembaikan. Lebih banyak kolagen bermakna kulit lebih gebu dan kurang berkedut. Hanya Hanya mendapat 5 jam semalam boleh menyebabkan garis halus dua kali ganda lebih banyak daripada 7 jam.” – Dr. Patricia Wexler

beauty sleepcara beauty sleepcara tidur
https://lomp.at/9tru0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara