Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Tahniah! Neelofa Hamil Anak Ke-2 Baby Girl” – Peminat Teruja Teka Bayi Dalam Kandungan Adalah Anak Perempuan

by Puteri Alia
March 14, 2023
VIA Instagram

VIA Instagram

186
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika sebelum ini, hanya mendengar khabar angin sahaja mengenai kehamilan kali kedua selebriti serta pengacara terkenal, Neelofa yang dimaklumkan sedang sarat hamil, kini bakal ibu kepada anak kedua itu telah membuat pengakuan secara terang-terangan.

Menurut sumber, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mengiyakan pertanyaan bahawa kini sedang berbadan dua selepas berkongsi cabaran menunaikan umrah, baru-baru ini.

VIA Google

Di laman TikTok, menerusi video pengakuan kehamilan Neelofa itu, rata-rata warganet masih berteka-teki sama ada bayi dalam kandungannya itu kali ini merupakan bayi lelaki atau perempuan.

Mengulas mengenai jantina anak keduanya itu, Neelofa berkata, dia tidak kisah asalkan anaknya sihat, malah turut berkongsi kehamilan kali ini juga mudah seperti ketika mengandungkan anak pertama, Muhammad Bilal.

“Dari kehamilan anak pertama, saya tidak memilih, okay sahaja.” -jelas Neelofa

“Alhamdulillah, saya tak alami alahan teruk sejak anak pertama. Jika dibandingkan dengan kenalan saya, ada yang tidak boleh bangun daripada katil. Saya sangat bersyukur.” – Katanya

Menjengah ke ruangan komen hantaran video berkenaan, ada peminat yang mengharapkan selebriti ini dikurniakan cahaya mata perempuan sebagaimana melihat dari segi pemilihan warna pakaian Neelofa yang dikatakan asyik memakai warna pink.

VIA Instagram

Hal yang demikian dikatakan seolah-olah petanda bahawa pasangan figura terkenal Neelofa dan suaminya, PU Rizz kali ini bakal mendapat anak perempuan!

VIA Google

Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang pemakluman lanjut berkenaan jantina bayi yang dikandungnya itu.

Sementara itu, mengulas kelakuan Bilal yang bakal menerima adik, Neelofa bersyukur anaknya tidak banyak meragam.

Apa-apa pun Murai MY mendoakan kesejahteraan Neelofa serta bayi dalam kandungannya sentiasa sihat!

What’s your Reaction?
+1
1
+1
4
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Mungkin Ada Yang Tidak Tahu, Ini Adalah 6 Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia
neelofaPU Rizz
https://lomp.at/mxrwo
Share74Tweet47SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem