Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Zaman Sekarang Ikat Perut Suami Masak Sedap Pun Dah Tak Menjamin”- Eina Azman Luah Sudah Buat Yang Terbaik

by Puteri Alia
March 15, 2023
VIA Instagram

VIA Instagram

Share on Facebook

Orang tua-tua selalu berkata, ‘hendak ikat suami, ikatlah perut dia’ dahulu. Pesanan itu merupakan resepi turun-temurun yang ibu-ibu kita amalkan, mereka jadikan air tangan masakan mereka untuk mengikat si suami untuk sentiasa pulang dan makan di rumah bersama-sama.

Kata orang, indahnya perkahwinan itu perlu dihiasi dengan cinta dan kasih sayang serta kemanisan berumah tangga dengan gaya hidup yang sihat dan teratur. Maka, baru lah hubungan suci yang terjalin ini memberi impak yang besar dalam kehidupan pasangan suami-isteri.

Namun adakah setelah selesai urusan rumah tangga seperti memasak, melipat baju atau mengemas rumah ini dapat memastikan sang suami itu akan sentiasa berada di rumah dan tidak berlaku curang?

Berbahas soal itu, pelakon dan penyanyi Datin Paduka Eina Azman menerusi satu video temu bual yang dikongsi di laman TikTok oleh akaun rasmi @keluarga.my, Eina ada meluahkan satu pandangan bahawa jika dahulu rahsia memikat suami adalah dengan memasak namun jelasnya kini jika para isteri sudah melakukan yang terbaik ianya sudah tidak menjamin apa-apa.

Bagaimanapun, jelas Eina sebagai seorang isteri kita perlu melakukan yang terbaik buat keluarga tercinta.

“Nanti ke depan…kalau dia nak jadi…jadi juga…kita larang lah atau buat lah macam mana pun…cantik lah macam mana pun…kalau benda tu nak terjadi, dia akan jadi juga – keluh Eina

Umum mengetahui bahawa Eina ini sememangnya gemar untuk ke dapur dan menurut sumber laporan, selebriti ini pernah mengakui bahawa dirinya mula “menyibuk” di dapur sekitar umur 10 ke 11 tahun. Jelas Eina, dia percaya memasak adalah sebahagian daripada cabang seni.

Selain dari itu Eina juga seorang ibu yang sentiasa tampil cantik bergaya dan penyayang serta sangat lembut mendidik dua orang anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Bagaimanapun, baru-baru ini  Eina Azman telah mencuri perhatian netizen selepas bertindak merakam dirinya sedang menangis dan memuat naik video tersebut di Insta story akaun media sosial miliknya.

VIA Instagram

Video berkenaan, yang turut dimuat naik di Instagram Storynya turut mengandungi kapsyen yang memberi bayangan seolah-olah pelakon tersebut telah dikecewakan seseorang.

Malah, rata-ratanya bimbang dengan keadaan pelakon berkenaan dan mengaitkan video tersebut dengan gangguan orang ketiga.

Terkini, Eina juga ada memaklumkan bahawa meskipun dirinya sedang kesedihan, jelasnya kehidupan mesti tetap diteruskan.

Bagaimanapun, selebriti ini juga ada berpesan buat para isteri untuk sentiasa menabung serta membuat penyediaan jika berlaku sebarang yang tidak diingini dalam kehidupan berumah-tangga.

Sehingga kini, Murai MY tidak dapat mengenal pasti sama ada apa yang telah berlaku kepada Eina dan suaminya, namun orang ramai diharapkan untuk mendoakan kebahagiaan pasangan suami-isteri ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datin paduka eina azmaneina azman
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Ko Kyung Pyo
Spotlight

Ko Kyung Pyo Mohon Maaf, Terlibat Insiden Mabuk Hingga Rempuh Trak Sampah

by Nurul A.
November 16, 2026

Pelakon Korea Selatan, Ko Kyung Pyo memohon maaf atas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini. Menerusi akaun Instagramnya, Kyung...

Read moreDetails
Miss Trans World
Spotlight

Miss Trans World Thailand 2019 Kembali Jadi Lelaki Setahun Selepas Raih Mahkota

by Nurul A.
October 14, 2026

Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Doktor Aidil derma organ
Spotlight

Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

by Nurul A.
November 20, 2026

Pemergian Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23 tahun, bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat keluarga, malah menjadi permulaan harapan baharu buat...

Read moreDetails
Spotlight

“Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato' Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara