Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home IbuBapa

Tips Untuk Mak Ayah Yang Baru Nak Latih Anak-Anak Belajar Berpuasa, Salah Satunya…

by Soph Azz
March 22, 2023
Foto - Suara

Foto - Suara

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Anak kamu baru pertama kali nak berpuasa? Mak ayah risau kalau anak tak mampu dan boleh untuk berpuasa sepanjang hari? Jangan risau kerana ada caranya untuk melatih anak-anak kecil yang pertama kali nak cuba berpuasa.

Tak dinafikan memang tak mudah nak latih anak kecil yang baru nak berpuasa buat pertama kalinya. Kalau dari segi fizikalnya, mereka boleh dikatakan tidak berapa bersedia lagi. Malah pemahaman tentang kewajipan berpuasa pun tiada.

Tapi mak ayah jangan gelabah dan risau kalau anak-anak kecil kamu minta untuk berpuasa pada esok hari. Miss Murai ada  tips yang boleh mak ayah guna, bagi melatih anak-anak kecil berpuasa sepanjang bulan Ramadan.

#1 Ceritakan apa itu puasa & kebaikannya 

Mungkin ada yang anggap ianya semudah ABC atau 123 apabila terangkan tentang makna berpuasa dan kebaikannya. Sebenarnya tidak dan kamu perlu terangkan dengan jelas supaya mereka faham, lebih-lebih lagi anak kecil.

Foto – Liputan 6

Berpuasa adalah perbuatan menahan lapar dan dahaga serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Manakala kelebihan berpuasa pula adalah:

  1. Mengawal tahap stress
  2. Menahan diri daripada hawa nafsu
  3. Melindungi otak daripada penyakit berbahaya
  4. Mengingati golongan yang kurang bermampuan
  5. Menyucikan jiwa daripada anasir yang tidak baik

#2 Periksa & tahu tahap kemampuan anak 

Mak dan ayah perlu tahu yang setiap anak adalah berbeza, dan kalau boleh jangan bandingkan kemampuan mereka pula ye. Untuk tahu tahap kemampuan anak kamu, mak ayah boleh melatih anak untuk solat terlebih dahulu. Cuba libatkan mereka ketika solat berjemaah setiap hari, dan dari situ mak ayah boleh periksa sama ada anak mudah untuk menjalankan ibadah solat dengan rela hati atau pun tidak. Dari situ kamu boleh simpulkan sama ada anak sudah bersedia atau tidak untuk berpuasa.

#3 Latih berpuasa secara berperingkat 

Anak-anak kecil yang baru pertama kali nak berpuasa, mak ayah boleh latih mereka secara berperingkat dulu. Mulakan dengan puasa selama beberapa jam terlebih dulu. Kemudian baru latih puasa setengah hari dan seterusnya puasa penuh beberapa hari mengikut kemampuan anak. Dalam melatih anak berpuasa secara berperingkat, jangan pula mak ayah lupa ajarkan mereka untuk niat ye…

  • Niat puasa harian 
Foto – Pinterest
  • NIat puasa sebulan
Foto – Pinterest

#4 ‘Reset‘ kitaran tidur & latih anak tidur awal 

Untuk melancarkan lagi proses mereka berpuasa, mak ayah boleh ajar anak-anak kecil untuk tidur awal supaya mudah untuk bangun sahur pada keesokannya.

Kalau boleh mak ayah mungkin lewatkan waktu sahur anak, supaya mereka tidak tertidur sebelum menunggu masuknya waktu solat Subuh.

Dan semasa mengejutkan anak bangun sahur pula, jangan terjerit-jerit memanggil mereka. Sebaliknya, panggil dengan lemah lembut, usap-usap kepalanya dan beritahu bahawa kamu ada sediakan menu sahur kesukaannya.

#5 Rancang beberapa aktiviti untuk alihkan perhatian 

Berbanding hari biasa, anak-anak mungkin akan menjadi kurang aktif dan sedikit letih sepanjang bulan Ramadan. Jadi berkemungkinan besar mereka akan merengek untuk minta berbuka awal. Untuk elak perkara tersebut berlaku, mak ayah boleh cuba rancang beberapa aktiviti supaya mereka menjadi ralik dan tidak buka puasa.

Foto – Sassy Mama HK

Antara aktiviti yang boleh dibuat oleh anak kecil adalah:

  1. Mewarna dan melukis
  2. Membaca buku cerita
  3. Menonton televisen
  4. Menghias rumah atau bilik tidur
  5. Membuat kraf

#6 Kalau berbuka separuh hari, kekalkan mood berpuasa 

Foto – MStar

Ada sesetengah anak, mereka tak tahan dan tak mampu berpuasa penuh seharian. Jadi kalau mereka berbuka separuh hari, mak ayah perlu nasihatkan mereka untuk kekalkan mood berpuasa. Di mana minum atau makan sekadar lapik perut sahaja dan menghormati orang lain yang berpuasa. Boleh juga mak ayah beritahu untuk mereka cuba sambung puasa balik atau keesokan harinya puasa dengan lebih baik.

Semoga tip-tip di atas bermanfaat buat mak ayah. Selamat berpuasa!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/lpuaa
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem