‘Break up’- Ianya berlaku sepanjang masa dan sejujurnya kita sentiasa terkejut dengan berita perpisahan yang berlaku antara selebriti. Dan yang terbaru adalah Taylor Swift-Joe Alwyn.
Berita perpisahan mereka tak dinafikan meninggalkan kesan dalam kalangan peminat, selepas enam tahun bercinta dengan alasan adanya perbezaan dalam personaliti mereka.
Sama seperti Taylor dan Joe, ada beberapa selebriti lain yang turut hadapi perkara yang sama iaitu perpisahan dalam hubungan walaupun sudah bercinta lama. Ada yang lebih daripada 5 tahun dan ada yang sudah 10 tahun.
Nak tahu siapa?
Kylie Jenner-Travis Scott
Selepas lima tahun, Kylie Jenner dan Travis Scott mengambil keputusan untuk ‘berehat’ daripada hubungan mereka. Menurut sumber, hubungan mereka yang ‘on-off’ itu berlaku disebabkan oleh perbezaan gaya hidup di antara kedua-duanya. Mereka berdua dikurniakan dua orang anak iaitu Stormi Webster dan Aire Webster.
Selena Gomez-Justin Bieber
Kenal melalui pengurus, Selena dan Justin menjalinkan hubungan pada 2010. Kedua-duanya menjalinkan hubungan ‘on-off’ selama lapan tahun sebelum berpisah dengan rasmi pada tahun 2018. Kini Justin berkahwin dengan Hailey selama empat tahun, manakala Selena dikatakan bercinta dengan bekas ahli One Direction iaitu Zayn Malik.
Vanessa Hudgens-Austin Butler
Pada tahun 2011, Vanessa dan Austin dikatakan bercinta selepas berita mengenai perjumpaan mereka tersebar. Menafikan perkara tersebut, kedua-duanya muncul di khalayak ramai secara rasmi pada tahun 2012.
Selepas 9 tahun bercinta, mereka menamatkan hubungan tersebut. Vanessa kini bertunnag dengan pemain besbol, Cole Tucker. Manakala Austin pula menjalinkan hubungan dengan Kaia Gerber.
Demi Lovato-Wilmer Valderrama
Demi Lovato dan Wilmer Valderrama pertama kali bertemu pada tahun 2010. Ketika itu Demi baru berusia 17 tahun dan Wilmer berusia 29 tahun. Dengan jarak umur 12 tahun, mereka secara rasmi mula bercinta ketika Demi berusia 18 tahun. Tetapi hubungan mereka berakhir pada 2018, selepas 7 tahun.
Apa-apa pun, Miss Murai berharap mereka bertemu dengan pasangan yang serasi dan memahami diri masing-masing! ❤
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.