Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Anna Jobling. Beliau dilahirkan pada 14 Ogos 2000 di Kuala Lumpur serta merupakan seorang model, pelakon dan pengacara di Malaysia.
Anna merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau mendapat tempat keempat di dalam program tersebut. Anna juga telah membintangi banyak drama, namun namanya melonjak naik ketika dia membawa watak utama wanita di dalam drama Melur Untuk Firdaus.
Drama tersebut bukan sahaja popular di Malaysia, malah di Indonesia juga sehinggakan melayakkannya memenangi anugerah Pelakon Wanita Popular di anugerah Drama Sangat tahun 2023.
Sanggup Datang Dari KL Untuk Berjumpa Dengan Anak Syurga
Baru-baru ini, di laman instagram milik @annaluvstory memuat naik gambar dan video mengenai Anna Jobling yang datang untuk berjumpa dengan adik Sofia Humaira. Diberitahu dengan lebih lanjut, bahawa adik Sofia ingin bertemu dengan Anna semasa dia berada di ICU Hospital Besar Kuala Lumpur, namun hasratnya itu tidak kesampaian.
“Terima kasih Anna Jobling kerana sudi datang dari kl untuk santuni anak syurga bernama Sofia Humaira binti Mohd Sufian. Banyak pahala bila kita gembirakan hati anak istimewa ini. Semoga doa anak syurga ni yang nak kakak Anna beraya akan dimakbulkan Allah.”-kata mereka
Rata-rata peminat yang melihat gambar dan video tersebut mendoakan kesihatan buat adik Sofia.
“MashaAllah cantiknya kamu dik, semoga adik Sofia lekas diberi kesembuhan oleh Allah, semoga lekas sihat yaa cantik kamu kuat”-kata mereka
“Semoga pia cepat sembuh, cantuk dedua”-tambah mereka
“Alhamdulillah, tercapai hajat Sofia jumpa Anna. Moga Sofia diberi kesembuhan.. aminn”-ujar mereka
Apa-apa pun, tindakan Anna itu harus dipuji kerana sanggup datang dari jauh bagi menunaikan hasrat dan impian peminat cilik itu untuk berjumpa dengannya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.