Monday, May 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Segak Berpakaian Putih Bak Pengantin, Peminat Puas Hati Jika Puteri Sarah Berkahwin Dengan Kerabat Diraja

by Puteri Alia
May 8, 2023
501
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sahaja mahu menolak tuah jika ditakdirkan untuk berkahwin dengan darah keturunan raja, pastinya menjadi impian kebanyakkan wanita terutama bagi mereka yang benar-benar mengimpikan sebuah jalan cerita kehidupan seakan-akan ‘fairytale’.

Meskipun ianya sekadar angan-angan namun tidak mustahil kerana kisah cinta antara selebriti dan kerabat diraja sememangnya wujud semenjak dahulu lagi.

Ada di antara selebriti tempatan yang berkawan rapat dengan kerabat, malah serius menjalin hubungan cinta dan mengakhirinya di jinjang pelamin.

Antara selebriti yang berkahwin dengan kerabat ialah seniwati Datuk Maria Menado, Julia Rais, Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang, Sarimah Ibrahim, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Terkini beberapa nama turut dikaitkan dengan kerabat diraja termasuk yang sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dan dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Berbahas soal itu, nama isteri pertama pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah sekali lagi terpanggil apabila rata-rata peminat mula kenen-kenenkan dirinya dengan keturunan Diraja selepas mengetahui bahawa rumah tangga pasangan ini semakin retak menanti belah.

Menjengah ke ruangan Instagram milik Puteri Sarah, aktor jelita ini ada berkongsi gambarnya yang segak berpakaian serba putih seperti pengantin.

Malah ada pulak yang tidak sabar melihat Sarah berakhir derita dengan mengecapi kebahagiaan bersama jejaka lain.

Bagaimanapun, hal yang demikian hanyalah sekadar kemahuan peminat, malah tuan badan sendiri belum memberi apa jua respon berkenaan dakwaan berkenaan.

Memetik laporan Berita Harian berkenaan status lanjutan tuntutan nusyuz Puteri Sarah, Peguam syarie mewakili pelakon, Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan antara tuntutan balas nusyuz terhadap suaminya, Syamsul Yusof yang dimasukkan membabitkan tiada hubungan antara suami isteri dan menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Bagaimanapun, kata Akberdin, pihaknya tidak boleh mendedahkan butiran terperinci perkara terkandung dalam tuntutan balas difailkan pagi tadi.

“Pada peringkat ini, kami seboleh-bolehnya tak mahu berkongsi secara terperinci sebab kami masih mencari jalan penyelesaian, jadi kami kongsikan secara permukaan sahaja.

“Jadi, apa yang boleh dikongsikan antara tuntutan balas dimasukkan adalah tabiat Syamsul ada hubungan dengan wanita lain, tak balik lama, tak tengok anak, tiada hubungan suami isteri iaitu perkara yang orang ramai sudah tahu.

“Kami nak biarkan ia di permukaan begitu sahaja. Dalam sesi hari ini, kami masukkan pembelaan nusyuz dengan perkara disebutkan,” katanya

Sementara itu, Puteri Sarah ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Pagi tadi, Puteri Sarah Liyana, 38, turut memfailkan tuntutan balas nusyuz terhadap suaminya, Syamsul dan dalam masa sama memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz Syamsul terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Kata Akberdin, selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dengan kedua-dua pihak perlu hadir ke mahkamah.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
4

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER puteri sarah
Share200Tweet125SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

“Sinetron” Kisah Rumah Tangga Syamsul Yusof Belum Tamat Lagi Namun Puteri Sarah Akui Kali Ini Tidak Mahu Canang Aib Lagi

by Puteri Alia
May 24, 2023
Lokal

Penyondol Jadi Punca Konflik, ‘Drama’ Selebriti Kahwin Cerai Tahun Ini Buat Peminat Muak Tetapi Simpati!

by Puteri Alia
May 18, 2023
Lokal

Ditegur Untuk Menjaga Cara Pemakaian Tudung, Peminat Puteri Sarah Tidak Mahu Samakan Gaya Dengan Ira Kazar

by Puteri Alia
May 4, 2023
Lokal

Puteri Sarah Didakwa Pernah Diceraikan Dua Kali Dalam Hidup Oleh Syamsul Yusof

by Puteri Alia
April 28, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan