Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Obses Dengan Puteri Sarah, Individu Misteri Ancam Mahu Hantar Sihir

by Nurul A.
November 27, 2025
Foto - @puterisarahliyana (IG)

Foto - @puterisarahliyana (IG)

15
KONGSIAN
Share on Facebook

Rasanya sudah lama kita tak mendengar khabar daripada pelakon Puteri Sarah Liyana kan? Baru-baru ini, Puteri Sarah mendedahkan dia diganggu dan diugut oleh seorang individu yang tidak dikenali menerusi akaun media sosialnya.

Memetik kenyataan Puteri Sarah, pelakon dan ibu tunggal kepada dua orang anak itu mendedahkan bahawa individu terbabit sering muncul ketika dia membuat siaran langsung. Bukan itu sahaja, kemunculannya itu lengkap dengan pakej kata-kata kesat sehingga Puteri Sarah rasa terancam.

View this post on Instagram

“Bila saya buat siaran langsung, dia akan masuk dan cakap, “Aku nak sihir kau, best tak kalau aku boleh sihir satu keluarga kau?”.”

Apa yang lebih menakutkan, Puteri Sarah memaklumkan walaupun sudah menyekat beberapa akaun yang menganggunya, individu tersebut akan kembali ‘menghantuinya’ dengan beberapa akaun baru yang diciptanya.

“Saya dah banyak kali sekat tapi dia (individu tidak dikenali) akan buat akaun baru. Dia siap beri amaran berupa ugutan sihir, ancaman.”

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, Puteri Sarah Liyana turut memberitahu bahawa individu tersebut juga akan menggunakan gambarnya, menyamar dan menghamburkan kata-kata kesat kepada pengguna media sosial lain termasuk rakan selebriti.

“Dia pernah guna gambar saya dan maki hamun pengguna media sosial lain. Rakan artis pun pernah kena. Dia juga suka masuk siaran langsung orang tua atau orang kurang upaya (OKU), kemudian maki hamun dan orang itu ingat itu adalah saya. Saya ada beberapa aduan mengenai perkara itu.”

View this post on Instagram

Dimaklumkan gangguan tersebut berlaku sejak sekian lama dan Puteri Sarah memilih untuk tidak melayan kerana percaya bahawa individu tersebut mengalami masalah mental.

“Awal-awal memang takut. Tapi bila dia cakap benda sama berulang kali dan asyik tahu saya buat live berniaga, saya anggap dia mental. Kalau dia ada niat tentu dia terus buat, tak akan cakap. Setakat ini, Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah Liyana memaklumkan bahawa dia telah pun membuat laporan polis mengenai individu terbabit.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
puteri sarahPuteri Sarah Liyana
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Spotlight

“Yang Berbahagia Datuk Siti Roziana Binti Zin” – Peminat Ucap Tahniah Buat Ziana Zain

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain, menerima ucapan tahniah daripada peminat selepas menerima pengiktirafan dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang...

Read moreDetails
Spotlight

Bila Muzik Tak Lagi Sekadar Muzik, Kata-Kata Amy Lee Kembali Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Pernah tak anda terfikir, sejauh mana seorang artis patut bersuara tentang isu dunia? Persoalan itu kembali menjadi bualan selepas rapper...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Mohon Maaf Untuk Konsert- “Terlalu Banyak Yang Tak Dapat Dicoretkan”

by Phic ARMAN
August 16, 2026

Sebuah konsert yang dinanti-nantikan pastinya diharapkan berjalan smooth dari awal sampai akhir. Tapi apa jadi kalau perkara teknikal pula mengganggu...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Surviving Beauty, Camelia TV3, Thailand
Spotlight

Dari Thailand Ke Malaysia, Slot Camelia TV3 Bawa “Surviving Beauty” Untuk Peminat

by Nurul A.
September 14, 2026

TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu,...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara