Realitinya, tidak ada hari akan terasa mudah dan menyenangkan. #BadHairDay itu merupakan perkara biasa yang setiap wanita lalui. Dan jangan tak tahu, kamu masih boleh menjaga penampilan dengan mengikut cara wanita Perancis.
#BadHairDay tapi masih ‘bersiap’.
Sedia maklum, wanita Perancis terkenal dengan kecantikannya yang menjadi pujaan ramai. Malah, mereka kelihatan bertambah cantik seiring dengan usianya yang terus bertambah. Mereka juga terkenal dengan kecantikannya yang terpancar semula jadi tanpa memerlukan solekan tebal. Bukan sahaja kecantikan wajah tetapi potongan dan gaya rambut juga memukau orang yang melihat.
Bagaimana mereka mendapatkan rambut yang cantik sebegitu?
Tidak warnakan rambut
Jangan sesekali mewarnakan rambut, atau jika kamu ingin kelainan, memadai dengan melakukan highlight sahaja, atau sembunyikan uban.
Tidak menggunakan pengering rambut
Jangan keringkan rambut kamu dengan pengering rambut tetapi sebaliknya menggunakan dua sumber yang lebih mesra alam. Udara segar pada musim panas dan tuala di musim sejuk.
Wanita Perancis tidak basuh rambut setiap hari
Dalam mencuci rambut, sekali sudah cukup. Tidak perlu cuci berulang kali dalam satu masa.
Tidak memakai aksesori rambut
Tidak ada gunanya dalam aksesorikan rambut kamu. Elakkan klip rambut ataupun ikat rambut. Biarkan natural begitu saja.
Wanita Perancis tidak keluar rumah rengan rambut basah
Jika boleh, basuh rambut kamu pada waktu petang dan bukan pada waktu pagi, supaya tidak keluar rumah dengan rambut basah.
Wanita Perancis sentiasa pastikan rambut wangi
Satu sentuhan minyak wangi pada rambut kamu, di belakang telinga anda, atau di tengkuk leher.
Selamat beramal!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.