Setiap anak tak sama perangainya ada yang jenis pendiam, ada juga yang suka menonjol ke depan dan ada yang pemalu ataupun yang suka bercakap mahupun bertanya.
Percaya atau tidak, jika ada tiga, empat mahupun lima anak, setiap daripada mereka pasti lain-lain karakter. Setiap ibu-bapa pasti akan mengenali perangai setiap anak-anaknya.
Datin Luah Anak Keberapa Yang Paling Susah Untuk Dijaga
Baru-baru ini, isteri kepada usahawan kosmetik terkenal Dato Sri’ Aliff Syukri, iaitu Datin Sri’ Nur Shahida memuat naik gambar mengenai anaknya yang baru lahir di laman instagram miliknya. Shahida meluahkan tentang perangai anak-anaknya yang paling susah untuk dijaga ketika masih bayi.
“Selepas melahirkan enam orang anak.. Saya memutuskan Luqman no 2 paling susah jaga selepas Raudhah, juara tetap raudhah nak masuk toilet pun kene bawa”-kata Shahida
Pada ruangan komen juga, rata-rata pengikut instagram Shahida meluahkan benda yang sama. Ada yang sennag dijaga dan ada yang agak mencabar.
“Sama saya, saya anak 5.. yang kedua last dan last memang menginsafkan kami suami isteri untuk stop productions..ngeri dan no more. masuk toilet kene gegar pintu.. baru 1 tahun lebih eh, menangis macam kene pukul even kakak abang ada bantu tapi hanya sebab ibu takde jek”-kata mereka
“Susah jaga takpe nanti dah besar mudahan dia jaga kita”-ujar mereka
“Kiranya yusuf dah besar jela banyak akal sikit walaupun tengok dia lasak tapi masa baby mudah jaga, hehe”-tambah mereka
“Selalunya masa kecik ok, dah besar susah mcm anak saya.. Lain bethol dengan akaknya peninggg”-tambah mereka
Apa-apa pun, itulah cabaran yang dihadapi oleh semua ibu-bapa. Namun, perkara sedemikian hanyalah sementara sahaja, kerana nanti apabila mereka meningkat dewasa rumah akan merasa kesunyian kerana mereka sibuk dengan belajar dan kerjaya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.