Perkahwinan selebriti paling intim setakat ini menjadi milik Sia.!
Penyanyi Sia secara rahsia berkahwin dengan kekasih, Dan Bernad. Kedua-duanya melangsungkan perkahwinan di Villa Olivetta, Portofino, Itali.
Sia dan Dan Bernad berkahwin selepas dua tahun berpacaran. Sebelum ini, hubungan cinta mereka jarang ditonjolkan di khalayak ramai.
Perkahwinan itu diadakan secara intim dan tertutup dengan hanya dihadiri empat tetamu sahaja. Sungguhpun begitu, suasana romantik tetap terasa dari hiasan dan pakaian yang dipakai oleh pasangan pengantin.
Jika dilihat dari foto yang tersebar, majlis perkahwinan pelantun lagu Chandelier itu kelihatan begitu cantik dan romantik sekali. Dekorasi gazebo yang dihiasi dengan bunga merah jambu dan ungu, lilin yang dinyalakan di atas meja berwarna emas menambah kesan kemesraan dan kemewahan.
Sia memakai gaun renda merah jambu dengan potongan duyung. Busana gaya Eropah klasik ini mempunyai kolar tinggi dengan lengan 3/4 dan aksen butang di bahagian dada.
Yang pasti kedua mempelai terlihat bahagia menikmati momen terindah mereka. Tahniah!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.