Sejak remaja Mia Dio selalu merasakan dirinya hodoh. Pembedahan plastik adalah jalan pintas untuk membuatkan diri berasa lebih yakin.
Influencer kelahiran Amerika Syarikat ini berkongsi dalam saluran Youtube menjelaskan bahawa dia telah menjalani siri pembedahan plastik yang mengubah wajahnya sepenuhnya.
“Daripada buruk menjadi barbie.”
Wanita berusia 22 tahun itu mula melakukan prosedur kosmetik pada usia 16 tahun. Pada mulanya di membuat lip filler. Mia menggunakan kad pengenalan plasu ketika datang ke klinik kecantikan kerana dia di bawah umur untuk melakukan prosedur tersebut.
Walau bagaimanapun lip filler gagal kerana terlalu besar untuk wajahnya dan berketul-ketul. Tiga tahun selepas itu, Mia membuat lagi lip filler dan memperbaiki di klinik kecantikan lain.
Sejak itu, dia mulai berani melakukan operasi hidung dan pelbagai lagi prosedur kecantikan dengan lebih kerap. Mia melakukan botox, veneer gigi, pembedahan mata dan payudara. Dadanya berubah dari saiz A kepada dua kali ganda D.
Selepas banyak pembedahan plastik yang dilakukannya, Mia berkata penampilannya telah berubah secara drastik. Dia mengulas mukanya tidak boleh bergerak kerana terlalu tegang.
Mia turut mengakui tidak mengenali dirinya lagi kerana berbeza dengan wajah sebenar. Ditambahnya, ketagihan terhadap pembedahan plastik telah menerima banyak kritikan tetapi dia tidak peduli apa yang orang lain katakan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.