Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Selebriti Kalau Ada Jerawat, Mereka Buat Macam Ini… Baru Tak Tinggal Parut!

by Soph Azz
June 6, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Tanyalah mana-mana wanita, tak ada seorang pun yang nak wajahnya dinaiki jerawat. Kalau kamu nak tahu, jerawat antara ‘musuh terbesar’ dalam kalangan wanita.

Bila ada jerawat, kita akan mudah rasa kurang berkeyakinan dan kalau boleh tak  mahu berjumpa dengan orang lain. Jika tidak dapat menahan diri, akan ada yang gatal tangan memicit jerawat tersebut. Dan akibatnya, wajah akan ada parut, kesan hitam dan tekstur kulit yang kasar.

Masalah jerawat ini bukan hanya terjadi pada mereka wanita biasa sahaja. Para selebriti pun tak terkecuali daripada mendapat jerawat juga tau.

Psst… Kamu nak tahu apa yang selebriti-selebriti ini lakukan bila ada jerawat di wajah mereka? Cepat bacanya di bawah…

Miley Cyrus 

Foto – Pinterest

Bagi mengurangkan penampakan dan kenaikan jerawat di wajah, penyanyi Miley Cyrus telah mula mengamalkan makanan organik. Tetapi jika jerawatnya masih lagi naik dengan kerap, penyanyi ini mendedahkan dia akan mengambil ubat khas daripada doktornya.

Kendall Jenner 

Supermodel dan ahli keluarga Kardashian-Jenner ini mempunyai caranya tersendiri sekiranya wajah dinaiki jerawat. Caranya Kendall sangat senang dan lebih semula jadi.

Foto – Pinterest

Jika wajahnya ada jerawat, Kendall akan kerap melakukan senaman ringan bagi mengeluarkan peluh dan juga toksin. Bukan itu saja, dia akan makan makanan sihat, elakkan gula dan perbanyakkan minum air kosong.

Victoria Beckham 

Untuk elakkan daripada wajah dinaiki jerawat yang banyak dan teruk, Victoria mendedahkan yang dirinya mengamalkan pengambilan ikan salmon setiap hari.

Foto – Pinterest

Untuk pengetahuan kamu, salmon kaya dengan asid lemak omega-3 yang berfungsi menyuburkan kulit, membersihkan pori dan kurangkan keradangan.

Selamat mencuba!

Error happened.
David Beckham Ada Hubungan Sulit? Ini Cerita Dari Victoria Beckham
cara hilangkan jerawatJerawatkendall jennerMiley Cyrustips hilangkan parut jerawatubat jerawatVictoria Beckham
https://lomp.at/n0b3q
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara