Youtuber dan penyampai TV dari Indonesia, Denny Sumargo menziarahi pusara arwah bapanya Nazaruddin Chaniago atau Haji Nazar Chang. Menerusi video di akaun TikTok miliknya, lelaki yang biasa dipanggil Densu itu kelihatan memakai baju warna putih dan berkopiah hitam.
Densu menziarahi kubur ayahnya di Jakarta Selatan ditemani isteri tercinta Olivia Allan.
“Kami nak ziarah kubur bapa dulu. Sudah lama kami tidak ziarah melihat kubur,” kata Denny Sumargo dalam video itu.
“Ini kubur ayah saya, jadi nama ayah saya Haji Nazar Chang bin Bandaro, meninggal dunia dalam usia 72 tahun, orang asli Sumatera Barat, Padang, suku Koto,” sambungnya.
@dennysumargoreal BARU SEKALI KETEMU BOKAP 🥹 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg #foryou #dennysumargo
Dalam video itu, Densu mendedahkan bahawa dia mempunyai hubungan yang kurang rapat dengan bapanya. Densu berkata dia hanya dapat bertemu sekali sebelum bapanya meninggal dunia.
Walaupun dia beragama Kristian, Densu tetap mendoakan ayahnya mengikut cara Islam. Densu juga hafal dan sering sedekahkan Al Fatihah kepada ayahnya.
“Kalau awak tahu kenapa saya hafal doa Al Fatihah, selalunya saya doakan ayah dan Al Fatihah juga. Walaupun saya bukan Islam, dan itu cara saya kerana saya rasa setiap doa ada niat yang baik di hati,” kata Denny Sumargo.
“Cuma kaedahnya berbeza, dan saya percaya Tuhan melihat hati manusia,” sambungnya.
Walaubagaimanapun, ramai warganet tertanya-tanya dan keliru, bolehkah non muslim membaca Al-Fatihah, dihadiahkan kepada Muslim?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.