Obses terhadap kecantikan seringkali membutakan mata pengguna untuk mencari solusi instan dan cepat!
Bak kata pepatah melayu “Alim Bagai Katak Tepi Air” yang membawa maksud meskipun ramai sudah mengetahui bala yang bakal menimpa mereka jika terus berkeras untuk tampak cantik dengan mengoleskan bahan terlarang pada kulit, namun masih mahu meneruskan jua dek keangkuhan kehendak diri yang mahukan kecantikan biarpun hanya bersifat sementara.
Sabar! Penting untuk kita memahami betapa signifikan dalam mengutamakan kesihatan yang seiring dengan kecantikan kulit sihat demi perjalanan mengecapi hasil yang abadi.
Ini kerana kebanyakkan pengguna yang dangkal sudah dimomokkan dengan produk kecantikan di pasaran yang memberi janji manis akan hasil yang cepat dan efektif, namun disebalik promosi yang seolah-olah menjanjikan bunga namun dibuahkan dengan kekecewaan ini kebanyakannya mengandungi bahan aktif yang berpotensi merosakkan kulit.
Misalnya, kebanyakkan produk luar mengandungi bahan pemutih yang hanya menyebabkan iritasi, kemerahan, atau bahkan merosakkan struktur kulit dalam jangka panjang.
Justeru, penting bagi kita untuk tidak terjebak dalam obsesi akan hasil yang segera sehingga sanggup menggelapkan mata mengenai pentingnya produk yang selamat dan bebas dari bahan berbahaya.
Akibat Buruk Salah Pilih Produk
Perlu diingatkan bahawa menjaga kesihatan kulit adalah pelaburan jangka masa panjang. Pengguna yang bijak bukan sahaja akan memberikan nutrisi yang tepat untuk kulit mereka, bahkan mencegah kemungkinan masalah kulit yang serius di masa depan.
Ini kerana perubahan tidak terjadi dalam semalaman! Jika kita ingin mencapai kecantikan yang tahan lama, kita harus fokus pada perawatan rutin dengan produk yang hanya diyakini bahannya.
Lebih-lebih lagi apabila si pemakai mempunyai gangguan endokrin dalam penjagaan kulit di mana ia merupakan sistem dalam badan yang bertanggungjawab menghasilkan hormon oleh kelenjar.
Ia masuk ke dalam darah untuk mengawal aturan aktiviti badan. Jadi jika tersalah memilih produk, tentunya anda sendiri yang bakal menanggung akibat!
Oleh itu, berbaliklah kepada elemen asas iaitu udara, bumi, api dan air! Umum mengetahui bahawa sebelum adanya produk kecantikan moden, wanita menggunakan bahan semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terbukti berkesan.
Masih tercari-cari produk apakah yang menggunakan bahan semula jadi yang diyakini keberkesanannya? Pastinya produk dari Elemental Pick yang merangkumi semua bahan semulajadi yang dapat memberikan manfaat kepada kulit wajah untuk kekal sihat dan bersih.
Produk Yang Bersesuaian Ketika Fenomena El-Nino Di Malaysia
Dasawarsa ini, musim panas akibat fenomena El-Nino tidak seharusnya dipandang remeh. Mungkin ada yang leka dan tidak mengambil berat perihal penjagaan diri yang terdedah kepada panas mentari dan bahang setiap hari.
Justeru, pentingnya kita mempersiapkan diri dengan cuaca sebegini kerana ia boleh merosakkan kulit wajah tanpa disedari. Bagi yang sering dibelenggu dengan permasalahan kulit kusam atau jeragat pastinya memburukkan keadaan ketika cuaca panas melampau ini.
Brightening Serum with Aloe Vera
Oleh itu, oleskan produk Brightening Serum with Aloe Vera ini sebagai serum yang membantu mencerahkan pigmentasi, bintik hitam dan jeragat di mana ia menggabungkan kekuatan antioksidan daripada kebaikan semua tumbuhan.
Produk ini mengandungi ramuan yang diluluskan secara klinikal yang meningkatkan seri kulit secara keseluruhan, mengurangkan pigmentasi, usia, dan bintik-bintik gelap, serta meningkatkan tahap penghidratan.
Keadaan cuaca yang terlalu panas dan kelembaban yang tinggi membuatkan individu mengalami kulit kering. Ianya bakal menyebabkan kegatalan dan kemerah-merahan.
Ini kerana cuaca yang terlampau panas sehingga menyebabkan strok haba boleh mengganggu sistem tubuh yang diterima daripada dua sumber, iaitu haba daripada persekitaran dan proses metabolik tubuh seseorang individu.
Treatment Oil keluaran Elemental Pick
Namun usah khuatir, dengan produk Treatment Oil with Squalene and Jojoba keluaran Elemental Pick ini, ianya merupakan minyak rawatan yang mengandungi komponen dipanggil Squalene yang berasal daripada buah zaitun yakni dikenali untuk menenangkan kulit yang kering atau iritasi, mengurangkan penampilan kemerahan dan menjadikan kulit terasa lebih seimbang.
Minyak rawatan Squalene dan Jojoba diformulasikan untuk jenis kulit kombinasi, berminyak dan rawan cela atau mana-mana kulit yang memerlukan penghidratan yang mengimbangi.
Bahkan minyak ini paling hampir dengan minyak kulit semulajadi anda yang membantu meningkatkan kolagen, melawan kerosakan radikal bebas, mengurangkan garis halus, merawat jerawat dan kedutan.
Malah ianya sesuai untuk semua jenis kulit kerana ianya bebas paraben, sulfat dan vegan. Tidak kurang penting juga untuk memeriksa produk tidak menggunakan kandungan haiwan dan merupakan formula vegan.
Kita hidup di dunia yang dipinjam dari generasi akan datang. Jadi amat penting untuk menjaga alam supaya kekal bersih untuk masa akan datang. Ini termasuk juga dalam soal penggunaan produk yang mesra alam supaya tidak mencemarkan persekitaran selepas digunakan.
Pastikan produk boleh ber-biodegradasi dengan alam. Lebih baik lagi jika produk berkenaan menggunakan bahan boleh dikitar semula. Jadi tidak perlu dilupuskan setelah sekali penggunaan.
Justeru dengan rangkaian daripada produk-produk keluaran Elemental Pick ini, ianya hanya berasaskan tumbuhan yang baik dan dihasilkan dalam persediaan GMP dan mempunyai akreditasi daripada PETA (vegan & cruelty free).
Perkara yang terpenting mengenai bahan semula jadi adalah cara pembungkusan. Bahan semulajadi mudah teroksida sekira terdedah dengan udara. Oleh itu, kesemua produk keluaran Elemental Pick ini menitikberatkan setiap pembungkusan agar ianya sentiasa selamat dan terjamin.
Sebagai pengguna berilmu, carilah produk yang menggunakan bahan yang legap, kaca dan tidak terdedah dengan cahaya atau bahan plastik, dengan cara ini anda akan mendapat manfaat penuh daripada bahan semulajadi yang memberikan kesan yang anda mahukan kepada kulit.
Tunggu apa lagi?
Nikmati kulit sihat berseri dengan produk penjagaan kulit menerusi Elemental Pick sebagai permulaan awal. Kesemua produk Elemental Pick cukup untuk melengkapkan penjagaan kulit anda merangkumi pembersihan, kelembaban serta menjadi ejen penting merawat masalah berkaitan kulit.
Mengetengahkan kecantikkan diri dengan produk yang diyakini ramuannya, Elemental Pick merupakan jenama penjagaan kulit bebas yang benar-benar diformulasi menggunakan ramuan semula jadi.
Justeru dengan keberkesanan produk daripada Elemental Pick ini, ianya sedikit sebanyak memberi pandangan positif kepada masyarakat tempatan dan juga antarabangsa terhadap sektor kecantikan bahawa estetik di negara ini juga mampu memberi impak yang tinggi sekali gus menuai kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keberkesanan produk kecantikkan dan kesihatan yang dihasilkan di negara kita melalui penghasilan yang benar seperti penyelidikan dan analisis makmal.
Ingat! Kecantikan sejati bukanlah tentang kesan segera yang bersifat sementara. Ia seharusnya menjanjikan solusi yang tidak memudaratkan kulit untuk kekal cantik sehingga ke usia tua. Oleh itu, dapatkan rangkaian produk daripada Elemental Pick serta layari Facebook dan Instagram rasmi untuk dapatkan set pembelian kecantikan anda.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.