Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[REVIEW] Joe Flizzow Bawa Kejutan 8 Penyanyi Atas Pentas, Peminat Berdebar Tunggu Malique Hadir Berduet

by Puteri Alia
July 17, 2023
Share on Facebook

Jika dahulu namanya dipersoal dan dikritik teruk setelah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Juara Lagu AJL ke-29 kerana dikatakan tidak begitu layak membolot pingat selepas membenam lagu-lagu melankolik yang lain atau “lagu-lagu leman”, siapa sangka genre hip-hop yang dahulu dikatakan seolah-olah mempromosi budaya barat kini menjadi halwa telinga para peminat sehingga, nama Joe flizzow kini diangkat sebagai “King of hip-hop Malaysia”.

Genre yang pada awalnya dianggap asing atau bahkan kontroversial dapat berkembang menjadi sebahagian penting dalam kalangan masyarakat yang jika diperhalusi baris kata lirik yang ditulis, benar-benar mempunyai nasihat dan teguran sinis khusus untuk lapisan masyarakat.

Buat julung kalinya, konsert solo pertama Joe Flizzow, berjudul “This is Johan Live In Concert,” membuahkan sebuah pengalaman yang luar biasa bagi 1,500 peminat yang hadir di JIO Space, Petaling Jaya pada 15 Julai 2023 iaitu pada Sabtu lalu.

Sebagai penyanyi hip hop popular dengan pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri muzik, Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak berjaya memberikan penampilan yang penuh bertenaga dan meninggalkan kenangan indah buat penonton yang hadir dahagakan kelainan muzik yang berkonsepkan hip-hop.

Menyajikan 36 Seleksi Lagu Popular Tanpa Henti 

Konsert ini dipenuhi dengan 36 seleksi lagu popular Joe Flizzow, yang membawa penonton menyingkap memori perjalanan karirnya sepanjang bergelar anak seni. Dari lagu-lagu lama hingga karya-karya terbarunya, setiap lagu dipilih dengan cermat untuk membangkitkan nostalgia dan memuaskan keinginan penggemar setia.

Joe Flizzow tampil dengan gaya yang karismatik dan energik di atas panggung, memancarkan keberanian dan keyakinan yang sejalan dengan persona panggungnya. Penyanyi ini memang bijak berinteraksi dengan penonton, membangun ikatan emosional dan menghidupkan suasana di dalam dewan. Dari awal hingga akhir konsert, energi yang tercipta begitu menyegat sehingga membuatkan penonton tidak berhenti melakukan gerakan ‘head banging’ dan bernyanyi bersama.

Panggung yang dirancang dengan indah dan pencahayaan yang spektakuler juga menambah pengalaman visual yang mengagumkan. Efek khusus, tata lampu yang kreatif, dan penggunaan layar LED yang cerdas menghadirkan tampilan visual yang memukau dan memperkuat suasana lagu-lagu Joe Flizzow pada pembukaan pentas diterajui oleh pemain violin yang benar-benar mengagumkan. Semua aspek produksi dipertimbangkan dengan matang untuk menciptakan pengalaman konsert yang mendalam dan berkesan.

Memulakan persembahan tepat jam 9 malam, penyanyi berusia 44 tahun itu mengajak peminat mengimbau kenangan menerusi lagu seperti Iller-Iller, Bergerak, All Around My World, Island Girl, Runnin’ dan Do It, Duit.

Tatkala adrenalin peminat semakin meningkat, Joe memilih untuk menyampaikan lagu-lagu hit ketika bersama Too Phat diiringi DJ T-Bone yang sinonim dengan karya-karya Too Phat, sekali gus mengimbau memori zaman kegemilangan mereka 25 tahun lalu.

Pastinya, peminat juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyanyikan medley lagu popular seperti Too Phat Baby, Just a Friend, Jezzabel, Anak Ayam, Ala Canggung, Just a Lil’ Bit, Snap, Dua Dunia dan Allhamdulillah.

Sesekali berbicara bersama peminat, Joe tidak ketinggalan untuk bercerita serba sedikit perjalanan kariernya menerusi klip video pendek bersama individu penting yang berada di sebalik kejayaannya hari ini.

Berduet Bersama 8 Penyanyi Popular Dalam Satu Konsert

Tidak keseorangan malam itu, Joe kemudiannya tampil membuat persembahan secara duet bersama rakan selebriti seperti Adeeb menerusi lagu Lu Lari, Azlan (Kuasa), Aku Tak Kenalmu (Zameera) dan Untukmu (Ila Damiaa).

Bagai mengerti apa dimahukan peminat yang hadir, anak kelahiran Subang Jaya itu tidak menunggu lama untuk menyampaikan lagu Sunyi dan Baek, sebelum membawakan sidekick lagu-lagu popular serta antara orang penting dalam karier solonya kini iaitu Sona One.

Bersama Sona One, mereka menyampaikan lagu Satu Malam di Temasek, Havoc, sebelum anggota kumpulan K-Clique, MK mengambil pentas menyampaikan lagu Ciao bersama Joe.

Tidak berakhir di situ, Joe dan Sona One menyampaikan lagu Sang Saka Biru bersama Alyph, yang turut menyanyikan lagu Sampai Jadi.

Pastinya, lagu yang menobatkan Joe dan Sona One sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-29 iaitu Apa Khabar turut dipersembahkan kepada peminat, sebelum mereka berdua menutup pentas malam itu dengan sekali lagi menyampaikan lagu Satu Malam di Temasek.

Tuntasnya, Joe berjaya memberikan satu kenangan manis buat peminat yang hadir dengan pemilihan seleksi lagu yang tepat baik untuk peminat lama mahupun yang baharu.

Konsert yang dibawa JioBuddy dengan kerjasama Altus ProHouse itu menyaksikan Joe diiringi 16 pemuzik dan tiga penyanyi latar, manakala Marques Young bertindak selaku pengarah muzik.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga rakan sekolah Joe turut hadir, selain beberapa rakan selebriti seperti Sherry AlHadad, Nabil, Hawa Rizwana, Sophia Liana, Luca Sickta, Ismail Izzani dan penyampai radio ERA, Radin.

Keseluruhan konsert ini berhasil menciptakan atmosfer yang menggetarkan hati dan memberikan pengalaman yang menakjubkan bagi semua yang hadir. Dengan seleksi lagu yang tepat, kolaborasi yang menarik, dan sokongan dari para selebriti dan rakat-rakan industri, konsert Joe Flizzow menjadi batu loncatan kepada muzik Hip-Hop untuk terus maju ke hadapan.

Joe Flizzow terus membuktikan dirinya sebagai salah satu ikon dalam industri muzik Malaysia. Dengan konsert ini, ia memberikan bukti bahwa muziknya mampu menyatukan orang-orang dari berbagai latar belakang dan menghadirkan pengalaman muzik yang luar biasa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
alyphAzlan typewriterjoe flizzowmk k-cliquesonaone
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Foto - Bangkok Post
Spotlight

Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

by Nurul A.
September 11, 2026

Menjadi bualan ramai, seorang sami berusia 66 tahun, yang memegang jawatan ketua sami (abbot) di Wat Phutthaisawan iaitu sebuah kuil...

Read moreDetails
Spotlight

Iman Fandi Lancar EP Afterglow, Kisah Belajar Melepaskan Demi Bahagia

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dalam hidup, ada masanya kita perlu melepaskan sesuatu yang disayangi demi kebahagiaan sendiri. Bukan mudah, tetapi itulah antara mesej yang...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
D'Masiv "Asia Home Run"
Spotlight

D’Masiv Kembali Ke KL Menerusi Jelajah “Asia Home Run” November Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Selepas siri jelajah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan D'Masiv yang berasal dari Indonesia, kini sedia bertemu peminat di Asia...

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Yu Yuhan
Spotlight

[VIDEO] Terlalu Taksub, Netizen Sokong Yu Yuhan ‘Lempang’ Peminat Sasaeng

by Nurul A.
September 1, 2026

Tak dinafikan ramai selebriti antarabangsa sering diganggu oleh peminat fanatik, dan nampaknya penyanyi-pelakon China, Yu Yuhan sudah tidak tahan dengan...

Read moreDetails
Dolly Parton
Spotlight

Ratu Muzik Country, Dolly Parton Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun

by Nurul A.
August 26, 2026

Penyanyi lagenda muzik country, Dolly Parton dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 80 tahun. Berita pemergiannya itu diumumkan oleh ahli...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara