Kami pasti, ada diantara kita tidak tahu atau tidak peduli dengan statistik umur orang hilang perawan di dunia. Mungkin agak sensitif untuk dibincangan dalam kalangan rakyat Malaysia lagi-lagi ia berkaitan soal peribadi.
Sebuah laman yang popular membincangkan topik berkaitan populasi di seluruh dunia, World Population Review, telah mengeluarkan statistik senarai umur orang kehilangan dara dan memecahkannya mengikut purata di setiap negara. Terdapat 44 negara termasuk dalam senarai untuk laporan yang sumbernya diambil dari Face Of Global 2012- Durex.
Antaranya ialah Ireland, UK, Poland, China, Iceland, Perancis, Portugal, Malaysia dan Mexico. Kajian itu meletakkan negara mengikut urutan umur bermula dengan yang tertua.
Malaysia Menduduki Tempat Terawal
Agak mengejutkan negara yang mendahului senarai itu ialah Malaysia, di mana orang ramai kehilangan dara secara purata pada usia 23.7 tahun. Seterusnya dalam senarai ialah Indonesia (23.6), India (22.5) dan Korea Selatan (22.1).
Ireland berada di tengah-tengah senarai dengan purata umur 18.8tahun. Negara lain yang kehilangan dara pada usia 17 tahun ialah Rusia, Jerman, Croatia, Austria, Republik Czech, Colombia dan New Zealand.
Negara paling muda kehilangan dara ialah Brazil yang mempunyai purata umur 17.3.`
Perlu diingat bahawa ini adalah nombor purata. Oleh itu, terdapat ramai orang yang tinggal di semua negara ini yang kehilangan keperawanan mereka pada usia yang lebih muda, manakala ada sesetengah orang yang mungkin menunggu sehingga mereka lebih tua untuk kehilangan dara mereka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.