Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Orang Tak Tahu ‘Struggle’ Kita Nak Anak”- Lebih 9 Tahun Berkahwin, Elizad Bersyukur Keluarga Mentua Tidak Pernah Memaksa Soal Zuriat

by Puteri Alia
August 23, 2023
390
KONGSIAN
Share on Facebook

Memiliki cahaya mata pastinya menjadi idaman hampir kesemua pasangan suami isteri bagi melengkapkan mahligai rumah tangga yang dibina.

Ini kerana kewujudan cahaya mata dapat menambah keceriaan dan kebahagiaan bagi melengkapkan hubungan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Namun, kehamilan tidaklah sebegitu mudah bagi sesetengah wanita. Sering kali mungkin membawa kepada keperitan dan saling tuding-menuding di atas kegagalan mendapatkan zuriat.

Lebih sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyampai radio Siti Elizad kembali tidak dapat menahan sebak mengenangkan pelbagai usaha yang telah dilakukan demi mendapatkan zuriat.

Dalam linangan air mata, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 39, berkata, tidak semua orang dapat memahami dan mengetahui segala kepayahan yang dilalui sepanjang berikhtiar untuk mendapatkan anak selama ini.

“Orang tidak tahu betapa sukar dan mencabar (dapatkan zuriat). Kita pergi berubat untuk ikhtiar tapi mungkin belum ada rezeki.

“Jika diikutkan, tahun depan usia perkahwinan sudah hendak memasuki usia 10 tahun tetapi orang tidak tahu saya sudah pergi berubat, mungkin belum ada rezeki,” katanya sebak menerusi segmen Pagi Di Sinar semalam.

Dalam momen sedih tersebut, pelakon Berlari Ke Langit itu bagaimanapun turut bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang tidak pernah memberi tekanan terhadapnya mengenai zuriat.

“Paling saya kagum ialah keluarga mentua dan bapa sendiri tidak pernah bertanya mengenai zuriat.

“Mereka tak pernah tanya bila saya nak memiliki zuriat sendiri sedangkan adik-beradik yang lain dikurniakan anak yang ramai tetapi saya seorang belum ada,” kongsinya.

Terdahulu, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Pada Mac 2022, dia memaklumkan kembali menjalani rawatan IVF kali kedua dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Siti Elizad Bidas Netizen Hina Suami-"Kenangan Naik Tongkang Pun Bahagia"

Elizad dan Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
siti elizad
https://lomp.at/54kk5
Share156Tweet98SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem