Sejumlah 3,000 pek gula-gula sold out dalam masa dua jam, pelawak Achey dan isteri bersyukur bisnes anak mereka, Tiara mendapat sambutan menggalakkan.
Berniaga menerusi platform TikTok Shop milik bapa, Nur Tiara Zinnirah yang baharu berusia lima tahun menjual Tiara Botol Candy iaitu makanan ringan pelbagai jenis.
Terkejut dengan sokongan netizen dan kurniaan rezeki buat cahaya mata mereka, Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya atau Anne menitipkan syukur.
“3,000 pek terjual dalam masa dua jam. Alhamdulillah, produk pertama Tiara, Tiara Botol Candy meledak.
“TERIMA KASIH SEMUA YANG SUPPORT TIARA. REZEKI DIA, ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH,” TITIP ANNE.
Achey mendedahkan idea jualan makanan ringan tersebut idea anaknya.
Pelawak berusia 37 tahun itu terharu dengan sokongan daripada warga maya dan mengharapkan perniagaan menjadi pelajaran dan medium buat si kecil itu mengutip pengalaman.
“Rezeki apakah anak ini, Tiara Zinnirah? Tiara dia sedikit perlahan dalam pembelajaran tetapi ayah dan mama yakin Tiara mampu menimba kepelbagaian ilmu dan pelajaran serta pengalaman.
“Dek kerana dia tengok video dari seberang, orang meniaga coklat Dubai. Selama dua hari dia tekan ayah untuk dia buat perniagaan yang sama, tapi jual #tiarabottolcandy sebab ayah tak mampu nak beli berkotak-kotak coklat Dubai.
“Candy itu dari pasaran kita sahaja. Cuma susahnya, perlu beli jumlah yang banyak dan pelbagai jenis kerana hendak dicampur di dalam satu pek,” kongsi Achey.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.