Umum mengetahui keluarga penyampai radio dan pelawak, Shuib kini sedang bercuti di Semporna, Sabah.
Perkongsian terkini isteri Shuib, iaitu Watie Hanifiah menerusi video yang dikongsi di Instagram, turut memaparkan mereka sekeluarga sedang menaiki bot untuk memancing.
“Aktiviti semalam, bawak pulak mommy dan dekta pi memancing alamatnya baru dok atas bot 2 jam dah mula mabuk laut 🤣. Sudahnya cuma bawak balik ikan 2 ekor.”-kapsyen Watie di Instagram
“Seram Tengok Mateen Berdiri Atas Seat Tanpa Life Jacket…”
Di sebalik kegembiraan keluarga ini menghabiskan masa bersama, sesetengah netizen dilihat memberikan teguran apabila melihat Watie sekeluarga tidak memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot.
“Maaf ya sibuk. Lepas ni harap-harap pakai life jacket ya semua.”
“Apapun, atas bot mesti guna life jacket.”
“Seram tengok Mateen berdiri atas seat tu tanpa life jacket. Next Time hati-hati ya.”
“Best, tapi seram pulak tak pakai life jacket.”
“Apa-apapun safety first. Wajib pakai life jacket walaupun perjalanan hanya beberapa minit ke destinasi. Malang tak berbau kalau bencana nak jadi ya.”
“Life jacket mana, bahaya tu.”
Sekadar info, Watie Hanifiah atau nama sebenarnya Fati Nikmatil Adawiah Hanifiah mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam satu majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam pada 23 Jun 2023.
Shuib turut memilik empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan Allahyarhamah Siti Sarah, iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.