Sebelum ini, Mondy dan Caprice membuat laporan polis berhubung gangguan seksual yang didakwa dilakukan seorang pendakwa bebas terkenal di negara ini terhadap Mondy.
Ebit Lew Buat Laporan Polis
Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew kemudian membuat laporan penafian berserta laporan fitnah di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
Laporan polis dibuat pada jam 2.17 pagi itu susulan dakwaan pendakwah tersebut difitnah menerusi satu program bual bicara (podcast) di media sosial.
Dalam program bual bicara tersebut, media tempatan melaporkan The Mondy Tattoo membuat pelbagai dakwaan mengenai Ebit Lew menerusi program podcast khas yang dikendalikan oleh Caprice.
Menjadi Kecoh
Kejadian itu menjadi kecoh seketika dan menerima pelbagai reaksi dari penyokong dari kedua-dua belah pihak.
Malah tindakan Caprice yang dikatakan turut terlibat dalam kes membongkar perbuatan Ebit Lew telah mendapat pelbagai reaksi dan kritikan dari netizen di media sosial.
Netizen Mula Menasihat Caprice
Sesetengah netizen menasihati Caprice untuk tidak masuk campur dalam urusan Ebit Lew dan Mondy dan membiarkan pihak Ebit Liew dan Mondy yang menguruskannya.
Carpice awak tu bakal ada anak tak lama lagi. Buat baiklah dengan orang, risau nanti terkena pada anak awak pulak. Tak kisah kalay btul la ada kesalahan pihak Ebit Lew tu, biarlah dia dengan budak perempuan itu yang selesaikan.
Si topi ni tak takut ke? Kalau ye nak tegakkan kebenaran, usah la heboh satu dunia sampai YouTube bagai. Content je untuk buat duit. Rapatkan saf, tapi jual cape. Alahaii. Amendee.
Apalah agaknya dia dapat dengan mencetukan isu ini..
Suruh dia jadi polis sekali sebab dia suka juga tu siasat orang.
Kenapa budak topi ni selalu menyibuk ea? Hal ni ada kaitan dengan dia ke?
Di ruangan komen netizen mempersoalkan keterlibatan Caprice, malah ada yang meminta untuk Caprice tukar kerjaya menjadi polis kerana dia dilihat suka menyiasat hal-hal orang lain.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.