Kejohanan Ironman Malaysia dan Ironman Langkawi 70.3 telah pon bermula pada 7 Oktober yang mana melibatkan beberapa kategori
Alif Satar Pernah Menyertai
Kejohanan ini membabitkan displin renang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal (180km) dan larian (42.2km), manakala bagi manakala bagi Ironman Langkawi 70.3, ia melibatkan displin renang sejauh 1.9km, berbasikal (90km) dan larian (21.1km).
Antara selebriti yang pernah menyertai kejohanan Ironman Langkawi dan menjadi percakapan orang ramai secara positif adalah Alif Satar.
Alif berjaya menamatkan perlarian dia pada ketika itu dan pencapaian tersebut mendapat liputan yang meluas dalam kalangan media.
Raih Pujian
Ramai yang memuji dengan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Alif, sehingga ada segelintir yang ingin turut serta dan menjadikan Alif sebagai contoh.
Namun pada tahun 2023 ini, kelihatan Alif tidak menyertai kejohanan tersebut tetapi untuk menyokong rakan-rakanya, dia terus ke langkawi untuk memberikan semangat kepada kawan-kawannya.
KJ Beri Rapond
Satu hantaran di Instagram miliknya menunjukkan Alif memegang kertas yang seolah-olah memberikan gambaran sebenar jarak perjalanan yang para peserta perlu tempuhi lagi sebelum peserta-peserta ini tiba di garisan penamat.
Kamu tidak hampir sampai
Di atas kertas tersebut, Alif menujukkan kepada para perserta bahawa perjalanan mereka masih jauh.
Penulisan tersebut mendapat perhatian daripada rakan-rakan selebriti dan juga Khairy Jamaluddian.
Ini bagus. Sekurang-kurangnya anda JUJUR. Lebih baik daripada ‘janji dicapati’ yang jerit “sikit lagi!” apabila anda mempunyai 10km lagi.
Komen tersebut mendapat perhatian dari netizen dan ada juga yangg bergurau meminta untuk Khairy Jamaluddin untuk menyertai kejohanan tersebut pada musim yang akan datang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.