Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Profesor ‘Klon’ Kini Tidak Lagi ‘Klon’, Datuk Aznil Nawawi Dilantik Sebagai Profesor Adjung Di Universiti Malaya

by Puteri Alia
October 27, 2023
Share on Facebook

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi dilantik Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya berkuat kuasa 9 Oktober lalu.

Universiti Malaya dalam kenyataannya berkata, Aznil dipilih atas kewibawaannya yang terpuji selain dia juga adalah alumni universiti itu.

“Aznil alumni Universiti Malaya tahun 1984, dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, berkuatkuasa 9 Oktober lalu. Anak jati Kuala Lumpur ini yang dikenali umum dalam bidang komunikasi penyiaran.

“Dia adalah graduan ljazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (kini Fakulti Perniagaan dan Ekonomi), dan antara pendokong industri pengucapan awam negara,” kata kenyataan itu.

Menerusi ketokohannya itu, Aznil terpilih untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan melahirkan murid-murid sekolah berketrampilan kelas pertama, selaras dengan aspirasi program Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21).

“Dengan kepercayaan itu juga, Kementerian Ekonomi turut memilih Aznil sebagai Mentor Pengucapan Awam untuk sebuah program khusus pembangunan usahawan.

“Dengan pelantikan berprestij ini pastinya akan memperkasakan kemahiran pengucapan awam dalam kalangan warga kampus khususnya mahasiswa dari pelbagai cabang bidang pengkhususan,” katanya.

Pihak universiti percaya sokongan Aznil yang tidak ternilai dapat membantu mencapai hasrat melahirkan graduan lebih berani, bijak berkomunikasi, berkarisma dan serba boleh dalam berdepan cabaran dunia masa hadapan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aznil hj nawawi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

5 Sebab School of Stars Wajar Masuk Watchlist, Drama Universiti, Cinta Dan Persaingan!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Drama remaja biasanya sinonim dengan kisah cinta, persahabatan dan konflik cinta tiga segi. Tetapi bagaimana pula jika semuanya digabungkan dengan...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Shah Rukh Khan
Spotlight

Shah Rukh Khan Bongkar, Pernah Hampir Dibunuh Sebelum Kahwin

by Nurul A.
November 26, 2026

Seperti yang kita sedia maklum; perbezaan agama di antara pasangan Bollywood Shah Rukh Khan dan Gauri Khan menjadi punca utama...

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara