Penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) berpeluang menyaksikan sebuah siri televisyen animasi Jepun bertajuk “Salaryman’s Club”.
Kisah Atlet Badminton
Menariknya siri animasi sukan mengangkat kisah utama seorang atlet badminton berjuang untuk meletakkan harapan menjadi pemain profesional.
Kisah dunia badminton korporat tidak semudah yang disangka. Walaupun dianggap sebagai bijak berbanding remaja seusianya, Mikoto Shiratori tidak memenuhi potensinya sebagai pemain badminton untuk Mitsuhoshi Bank.
Rasa Dipergunakan
Disebabkan insiden lalu, Mikoto cuba beralih daripada bermain beregu kepada perseorangan. Namun begitu, dia gagal membuahkan hasil yang positif menyebabkan majikannya kecewa.
Selepas dipecat dari bank, Mikoto direkrut oleh pasukan badminton korporat Sunlight Beverage. Anehnya, bukan sahaja latihan bermula pada waktu petang, malah dia juga perlu bekerja di bahagian jualan syarikat itu pada siang hari.
Mikoto rasa dipergunakan dan lebih memburukkan keadaan, dia terpaksa bertanding dalam acara beregu walaupun keberatan.
Mencari Kekuatan Yang Baru
Mikoto mula berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan profesional baharunya. Pada masa sama Mikoto mula meragui keputusannya untuk menyertai syarikat itu.
Begitu pun, dia mula mengambil tahu tentang rakan sepasukannya yang terkini dan mencari kekuatan yang diperlukan untuk memajukan kerjaya badmintonnya.
Usah ketinggalan menyaksikannya bermula 28 Oktober ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 6.00 petang di saluran Okey atau boleh menontonnya menerusi penstriman langsung RTMKlik (www.rtmklik.rtm.gov.my).
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.