Secara umumnya, Islam tidak menetapkan jenama khusus bagi pakaian individu muslim. Ini menunjukkan keluasan dalam menggayakan pakaian mengikut pakaian adat setempat sekalipun berfesyen.
Namun, perkara yang perlu dititikberatkan ketika mengayakan pakaian ialah menepati ciri-ciri pakaian yang menutup aurat dengan sempurna selain mengikut piawaian yang telah ditentukan syarak.
Justeru, kaum wanita boleh melabuhkan pakaiannya sehasta daripada buku lali agar tidak tersingkap aurat di bahagian tumit kakinya.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan rombongan pengantin sedang berarak dalam majlis perkahwinan menjadi perhatian pengguna media sosial yang hairan melihat terdapat tiga pengantin perempuan.
Majlis tersebut berlangsung di Cigondewah, Bandung.
Ia memaparkan rombongan pengantin yang berarak sambil membawa pelbagai barang hantaran.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah terdapat tiga wanita memakai busana pengantin lengkap dengan tiara.
Senario itu membuatkan netizen tertanya-tanya siapa pengantin yang sebenar.
Menjawab persoalan tersebut, pengantin sebenar yang dikenali sebagai Salsabila tampil menjelaskan bahawa dua wanita memakai busana berwarna kelabu itu ialah ibu mentua dan kakak iparnya.
Salsabila turut memuat naik gambar mereka sekeluarga menunjukkan dia memakai busana pengantin mengikut adat Sunda.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Ibu mentua tidak mahu kalah dengan pengantin,” kata seorang netizen.
“Keliru yang mana satu pengantin,” ujar pengguna lain.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.