Jika sebelum ini seorang tentera rejim Zionis Israel tergamak mencuri harta milik rakyat Palestin termasuk karpet yang dipercayai diambil dari rumah penduduk di Gaza, kali ini lebih jijik dan tidak masuk akal apa yang dilakukan oleh “bangsa zionis” laknat yang semakin menjadi-jadi ini.
Dalam video itu kelihatan tentera rejim Zionis Israel dikenali sebagai Eitan berjalan sambil ketawa bersama rakannya, manakala tangannya turut memegang sebuah karpet.
Video tersebut tular di media sosial termasuk dimuat naik seorang wartawan Palestin, Ali Nasr Obaidaat menerusi Instagramnya.
Terkini ejen perisikan Israel menyerbu kediaman Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmaqdis Timur dan menyampaikan notis larangan perjalanan ke atas pendakwah itu, menurut peguamnya pada Isnin.
“Sabri telah diserahkan perintah yang menghalangnya daripada melakukan perjalanan,” kata Khaled Zabarka kepada Agensi Anadolu.
Beliau berkata, pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.
“Rumahnya diserbu pada Ahad dan ejen itu menyerahkan perintah roboh bangunan tempat beliau tinggal dan hari ini beliau dilarang melakukan perjalanan.
“Pencabulan terhadap pendakwah itu percubaan untuk menutup mulutnya yang dengan lantang menyuarakan kebenaran,” kata peguam itu.
Pendakwah berusia 84 tahun itu ditahan beberapa kali oleh Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.
Sabri merupakan pengkritik tegar pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.
Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci ketiga umat Islam.
Israel menduduki Baitulmaqdis Timur yang menempatkan Al-Aqsa semasa Perang Arab-Israel 1967 dan mentadbir seluruh bandar itu pada tahun 1980, langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.