Langsung tak sensitif!
Jenama Sepanyol, ZARA memohon maaf dan menurunkan semula iklan terbarunya “The Jacket” setelah dikritik keras dan gesaan untuk boikot di seluruh dunia.
Kempen “The Jacket” itu memaparkan seorang model memegang patung yang dibalut dengan plastik putih, plasterboard yang hancur dan runtuhan yang kelihatan seperti mayat.
Dipetik daripada Reuters, pengkritik kempen itu mendedahkan ianya menyerupai gambar mayat di Gaza. Ada yang mendedahkan ianya menyerupai adegan seorang warga Gaza yang membawa mayat anak mereka.
Dan semalam (12/12/2023), ZARA memuat naik permohonan maaf dan menyatakan ianya satu salah faham. Kempen tersebut bertujuan untuk mempersembahkan satu siri imej dan arca yang belum siap, dicipta untuk mempamerkan buatan pakaian dalam konteks artistik.
Kontroversi itu telah mendorong beberapa aktivis Pro-Palestine menggesa agar jenama ZARA diboikot. Bukan itu saja, ramai yang meninggalkan puluhan ribu aduan di Instagram ZARA, sambil menjadikan #BoycottZara sebagai trend di platform X.
After Zara made a disrespectful ad about the Gaza conflict, Americans are throwing away all their Zara clothes in front of the company.
Zionism is the new WOKE🔥🔥🔥
pic.twitter.com/gWAAXCBo6v— Dr. Anastasia Maria Loupis (@DrLoupis) December 13, 2023
Malah ada juga yang mengambil tindakan dengan membuang pakaian ZARA mereka di hadapan kedai, dimana ianya berlaku di Amerika Syarikat. Tindakan membuang ‘segunung’ pakaian di depan ZARA ini adalah sebagai tanda solidariti mereka bersama rakyat Palestin.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.