Kematian itu sudah pasti bagi setiap makhluk ALLAH yang bernyawa.
Namun, bila dan bagaimana cara kematian itu, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sebenarnya, berdoa untuk kematian adalah perkara yang tidak disukai dalam Islam.
“Ya Allah, anugerahkan mati syahid di jalan Mu, dan jadikan kematianku di negeri Rasul Mu s.a.w.”
Jika Saidina Umar yang bergelar khalifah pun berdoa seperti itu kepada Allah, maka kita sebagai orang biasa, lebih-lebih lagi disarankan untuk berdoa agar mendapat syahid sekali gus mati dalam keadaan husnul khotimah.
Berbahas soal ini, konflik antara Israel dan Palestin sememangnya menjadi topik hangat dikongsi oleh golongan selebriti tanah air bagaimanapun berbeza pula solidariti yang dilaungkan pelakon Fatiya Latiff.
Fatiya atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, menerusi satu hantaran Instagram memberitahu bakal ‘terbang’ untuk berjuang di Gaza tahun depan.
“Bakal ke Gaza tahun depan.
“Doakan saya untuk kematian syahid, Amin,” katanya ringkas dalam ruangan kapsyen sebuah hantaran Instagram.
Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang mempersoalkan keputusan bintang drama Ariana Rose selain turut berdoa agar impiannya tercapai.
“Lepas ke nak pergi sana? Semoga dipermudahkan.
“Semoga semuanya dipermudahkan untuk Fatiya,” komen netizen.
Bagaimanapun, dia tidak berkongsi secara lanjut mengenai perancangan untuk terbang ke Gaza.
Sebelum ini, Fatiya sering terpalit dengan masalah kesihatan mental iaitu kemurungan dan depresi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.