Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Unit Drama TV RTM Terbit “DON’T WISH ME MERRY CHRISTMAS”

by Aphit J.
December 17, 2023
Share on Facebook

Radio Televisyen Malayisa (RTM) melalui Unit Drama RTM berkongsi keceriaan sambutan Hari Natal yang diraikan pada 25 Disember dengan menerbitkan drama khas bertajuk “Don’t Wish Me Merry Christmas”.

Bermula 25 Disember 2023

via RTM

Arahan Muhamad Ikhsan Sukiman, telemovie yang menampilkan pelakon Fabian Loo, Theebaan G, dan Elvina Chua ini disiarkan pada 25 Disember ini, pukul 8.00 malam di TV2.

Ia membawakan kisah Stanley merupakan seorang pegawai bank yang tidak suka dengan sambutan Hari Natal.

Menurut beliau, sambutan Hari Natal adalah hari malang yang mana beliau sendiri pernah mengalami insiden dan peristiwa buruk pada beberapa Hari Natal yang lepas.

Keadaan ini berbeza dengan David, rakan karib Stanley. David sangat teruja untuk menyambut Hari Natal dan sentiasa cuba untuk mempengaruhi Stanley menukar pandangan pesimistiknya terhadap Hari Natal.

Melaksanakan Beberapa Rancangan

via RTM

David melaksanakan beberapa rancangannya supaya Stanley menyukai Hari Natal tetapi tidak berjaya.

Berlakulah pertengkaran di antara mereka sehingga menyebabkan David jatuh pengsan dan terpaksa dihantar ke hospital. David disahkan menghidap penyakit kanser perut dan tidak mempunyai masa yang lama.

Dalam masa yang sama, Stanley dapat tahu bahawa David mengambil hutang baru dan keadaannya yang sakit boleh menimbulkan risiko untuk kafe milik David disita.

Selain itu, mereka juga dapat tahu bahawa Natalie kini sudah mengandung. Perkara ini menyebabkan Stanley lebih percaya bahawa Hari Natal ini membawa malang bertimpa-timpa dan tidak patut disambut.

Adakah Percubaan Megubah Pendirian Berjaya?

via RTM

Stanley mengambil keputusan untuk menyelamatkan kafe David dan secara tak langsung memberitahu David tentang rahsia yang disimpan lama.

Stanley tidak suka pada sambutan Hari Natal adalah kerana dia kehilangan ibunya pada Hari Natal ketika Stanley sedang berpesta di tempat lain.

David cuba memujuk Stanley tetapi Stanley membawa diri. Ketika Stanley diserang panik melampau, pekerja David, Mrs Chan menemui Stanley dan cuba untuk menenangkan Stanley.

Namun adakah percubaannya berjaya untuk mengubah pendirian Stanley? Ikuti kesudahannya di TV2 juga boleh menyaksikan secara penstriman langsung menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Elvina ChuaFabian LooTheebaan G
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara