Istiqamah suatu yang mudah diungkapkan namun berat untuk dilaksanakan. Istiqamah tanda keikhlasan. Istiqamah juga satu tanda kemenangan.
Namun untuk istiqamah dalam setiap tindakan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan.
Banyak ujian dan godaan yang harus ditempuh dan golongan artis juga tidak terlepas daripada melaluinya.
Selepas mengejutkan peminat ingin Syahid di Gaza, Palestin, pelakon jelita Fatiya Latiff terus mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto dalam keadaan tidak lagi bertudung baru-baru ini.
Menerusi foto tersebut, pemilik nama penuh Nur Fathia Abdul Latiff, 36, hanya memakai topi manakala rambutnya pula jelas kelihatan terikat di bahagian belakang.
“Menikmati makan malam seorang diri. Bibik (pembantu rumah) di rumah, menjaga anak,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Dia bagaimanapun menutup ruangan komen sekali gus tidak membenarkan peminat terus menebarkan kata-kata nista terhadapnya.
Terdahulu, dia yang popular menerusi drama Ariana Rose itu mencetuskan tanda tanya apabila memberitahu akan ‘terbang’ ke Gaza, Palestin dan ingin mati Syahid di sana.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya tentang tahap kesihatan mentalnya ketika ini.
Sebelum ini, Fatiya sering terpalit dengan masalah kesihatan mental iaitu kemurungan dan depresi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.