Selepas memuat naik gambar intim di Instagram, Selena Gomez mengumumkan dirinya kini sedang menjalin hubungan cinta dengan penerbit Benny Blanco sejak enam bulan yang lalu.
Walaupun Selena menyatakan Benny adalah perkara terbaik dalam hidup, peminatnya tidak memberikan ‘restu’ dan tidak gembira dengan berita tersebut.
Malah sehingga ke hari ini masih ada yang cuba mempertikaikan ‘taste’ dan pendiriannya dalam memilih kekasih hati. Ini kerana Benny sering terpalit dengan pelbagai kontroversi seperti menyokong Israel, lawak lucah, hingga tidak menghormati agama lain.
Di platform X, seorang pengguna mendedahkan sisi pelik dan sangat ‘disturbing’ mengenai kekasih Selena itu.
“Who's Benny Blanco?” Meet the weird and disturbing behavior of Selena Gomez's boyfriend: pic.twitter.com/7pajOM5fWY
— Selena Gomez Charts (@selenagchart) December 15, 2023
- Menyatakan kebanggaannya dengan Israel dan seorang Yahudi.
- Sebulan sebelum Selena mengumumkan hubungan cintanya, Benny menseksualkan anjingnya dalam sebuah video.
- Memuat naik video tentang hubungan seksual.
- Tidak menghormati agama Kristian dan mengejek Jesus (Nabi Isa a.s.)
- Mengeluarkan komen berbaur seksis iaitu “Saya bertemu dengan seorang Yahudi yang tidak pernah makan jeruk pagi ini. Itu tidak masuk akal. Itu seperti bertemu dengan pelacur yang tidak pernah melakukan hubungan seks.”
- Memuat naik hantaran yang menjijikkan seperti najis.
- Mengejek penampilan penyanyi dan komposer Iceland, Björk.
- Memuat naik video mengenai alat sulitnya.
- Obses dengan bekas kekasih Selena iaitu Justin Bieber.
- Berkawan baik dengan Scooter Braun, yang dituduh menganiaya rakan baik Selena iaitu Taylor Swift.
Bagi pandangan kamu sendiri, bagaimana?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.