Terbaru, pasangan pelakon dan juga usahawan Aeril Zafril dan Wawa Zainal ada memuat naik hantaran di Instagram miliknya mengenai kes pecah amanah.
Pecah Amanah Oleh Pekerja Sendiri
Dipercayai kes pecah amanah ini berlaku dalam kalangan pekerja mereka sendiri yang dikatakan membawa lari stok barang yang bernilai ratusan ribu ringgit.
Melihat di Instagramstory Wawa Zainal, dia ada memuat naik dan turut meluahkan rasa terkilan apabila pekerjanya sendiri yang membawa lari stok barang tersebut.
Ada sesiapa mengenali figura ini? Tak sangka staff bawak lari kan stock nilai ratusan ribu.
Malah bukan itu sahaja, Wawa juga turut mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), semasa kejadian tersebut berlaku.
Sempat pulak jeling CCTV, sebab selama ini Wawa jenis tak periksa CCTV. Tapi kebetulan yang ni dia rembat ni stock leader lain yang sebenarnya dah ready nak pickup.
Tulis Wawa, barang yang diambil oleh pekerja tersebut merupakan stok yang telah mempunyai pemiliknya. Malah stok tersebut juga sudah sedia untuk diambik oleh pemilik barang.
Tiada Maklum Balas Dari Pekerja
Aeril Zafril yang merupakan suami kepada Wawa juga turut memuat naik hantaran yang sama.
Tulis Aeril, pihak mereka telah cuba untuk menghubungi melalui panggilan talifon dan juga whatsup, tetapi tiada maklum balas dari pekerjanya itu.
Diruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang terjadi kepada pasangan ini. Malah mereka juga mengharapkan agar kes tersebut dibawa kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.