Pelawak dan penyampai radio, Sharifah Shahirah sebelum ini pernah berkongsi mesej di media sosial dikatakan daripada pelakon senior, Aman Graseka yang memohon bantuan kepada rakan selebriti bagi menyara kehidupan.
Berterima Kasih Buat Netizen Yang Hulur Bantuan
Sharifah Shahirah menerusi hantaran di Instagram, dilihat menitipkan ucapan terima kasih buat pengikutnya yang tampil membantu pelakon senior berkenaan.
“Alhamdulillah, terima kasih pada followers saya yang membantu Aman Grasek semoga dapat duit itu boleh buat modal meniaga.
Kita doakan dia tak perlu minta-minta lagu di kalangan kawan-kawan artis. Kita doakan dia senang, bisnes maju, dan rezeki dia.”-kongsi Sharifah Shahirah di Instagram
“Kalau Bantu, Lebih Baik Sembunyi Tangan Jangan…”
Walaubagaimanapun, lain pula reaksi salah seorang netizen yang menegur tindakan Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera dikatakan tidak menjaga hati dan perasaan pelakon senior berkenaa selepas menyebar mesej Aman di media sosial.
“Nak bantu kena faham perasaan kawan tu. Kalau bantu, lebih baik sembunyi tangan jangan di-viralkan. Kononnya kitalah yang terpaling baik. Malu la dia.”-komen seorang netizen di Instagram
Shiera Tampil Bersuara!
Tidak berdiam diri, Shiera dilihat membalas komen netizen terlibat dengan menitipkan pesanan untuk tidak memandai-mandai jika tidak mengetahui kisah yang sebenar.
“Kalau tak tahu cerita jangan nak memandai. Kita ni baca satu persatu.”-balas Shiera
Admin sudah memeriksa nombor akaun berkenaan selepas ada yang mendakwa ianya dari ‘scammer’. Namun, nombor akaun tersebut sememangnya milik pelakon senior, Aman Shah Bin Baharom Shah (Aman Graseka).
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.