Walaupun ramai orang di dunia ini menyimpan cita-cita untuk mempunyai pasangan, berkahwin hingga membina keluarga bersama insan yang dicintai; tetapi ada segelintir daripada kita berhasrat sebaliknya.
Bagi mereka memiliki pasangan atau berkahwin merupakan satu komitmen serta tanggungjawab besar pada dirinya. Memikirkan situasi ini, ia membuatkan individu tersebut berasa lebih takut, gemuruh dan fobia.
Kalau kamu nak tahu, mereka yang takut berkomitmen atau mempunyai hubungan ini biasanya digelar sebagai gamophobia.
Adakah Kamu Gamophobia?
Secara psikologinya, gamophobia adalah sejenis fobia yang membuatkan seseorang individu itu takut untuk berkomitmen secara serius seperti perkahwinan. Berbeza dengan philophobia iaitu fobia untuk jatuh cinta, individu yang hidapi gamophobia ini tidak takut untuk menjalinkan hubungan cinta dengan orang lain.
Kenapa Gamophobia Wujud?
Fobia ini boleh wujud apabila seseorang itu alami sesetengah situasi seperti perceraian ibu bapa, atau melihat kegagalan rumah tangga orang terdekatnya. Malah gagal dalam percintaan juga boleh menjadi penyebabnya. Jadi kerana itulah mereka yang hidapi gamophobia ini lebih memilih untuk bercinta secara bebas, tidak terikat dengan sebarang komitmen seperti perkahwinan.
Bagaimana Nak Atasi Gamophobia?
Mereka yang hidapi gamophobia ini biasanya mempunyai beberapa simptom seperti:
- Pening atau loya
- Muka menjadi merah dan panas
- Sukar untuk bernafas dan sakit dada
- Berpeluh dengan banyak daripada kebiasaannya
- Peningkatan kadar jantung atau berdebar dengan teruk
Psst… Jika simptom ini berlarutan selama 6 bulan atau lebih, ia boleh beri kesan pada kehidupan seharian tau!
Untuk atasinya pula, individu gamophobia boleh lakukan beberapa langkah berikut:
- Jujur dengan pasangan tentang keadaan (fobia) yang kamu alami.
- Tidak perlu memaksa diri untuk berkahwin demi atasi masalah fobia ini.
- Sedar dan akui ketakutan terhadap komitmen yang melibatkan perkahwinan.
- Dapatkan bantuan daripada ahli kesihatan mental yang profesional iaitu pakar psikiatri.
Nasihat Miss Murai, jika menjadi teruk dan tidak boleh diatasi dengan sendiri, kamu perlu dapatkan bantuan secepat yang mungkin ye!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.