Penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie berkongsi keadaannya yang telah selamat menjalani pembedahan inguinal hernia di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya pada petang semalam.
Pembedahan Berjalan Lancar
Wani Kayrie atau nama penuhnya Syazwani Abdullah menerusi hantaran di Insta Stories, menitipkan rasa syukur apabila pembedahan Hernia yang dijalani selama dua jam berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, everything went well for my Hernia surgery repair selepas 2 jam di dalam bilik pembedahan dan saya masih bergelut dengan post-op effect.”-kongsi Wani
“Wani Rehat Dulu Ya…”
Penyanyi ini menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang mendoakan kesejahteraan dan bertanyakan khabar mengenai keadaannya.
“Minta maaf tak dapat nak reply any messages ya. Terima kasih semua yang bertanya dan mendoakan Wani.
InsyaAllah, saya akan sembuh selepas beberapa hari. Wani rehat dulu ya. Take care semua.”-Tulis Wani
Wani sebelum ini pernah memuatnaik foto dirinya yang terbaring di atas katil, tampil memohon maaf kerana ‘mendiamkan diri’ serta memberitahu bahawa dirinya yang akan menjalani pembedahan hernia.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hernia atau angin pasang berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada.
Kandungan ini biasanya dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia/ hernia sac. Ia dikenali dengan angin pasang surut kerana sifat benjolan itu dapat dilihat dan ada masa tidak.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.