Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Siti Nordiana Mohon Maaf Isu Spekulasi Bakal Berkahwin, Perjelas Perkara Sebenar Mahu ‘Sanding’ Pada 11 Mei Ini!

by Naddy Joe
January 31, 2024
54
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, Siti Nordiana tampil memberi penjelasan selepas tular foto dirinya mengenakan busana pengantin berwarna putih, secara tidak langsung timbul spekulasi bahawa penyanyi ini bakal naik pelamin tidak lama lagi.

Tanpa berselindung, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana memberikan jawapan mengenai spekulasi berkenaan bahawa ‘perkahwinan’ yang dimaksudkan bukanlah bersama seorang jejaka, sebaliknya bersama jutaan hati lelaki dan wanita yang menjadi tulang belakang kariernya selama ini iaitu peminat.

Tampil Mohon Maaf

Nana, ketika ditemui Murai di Sidang Media Ekslusif Siti Nordiana ini tampil memohon maaf kepada semua pihak yang salah faham dan menyangka dia akan mendirikan rumah tangga.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan mendirikan rumah tangga selepas tersebarnya foto berbusana pengantin baru-baru ini”-kata Nana

Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun

Jelas Nana, foto dirinya mengenakan busana pengantin itu adalah promosi untuk konsert solonya yang bakal berlangsung pada 11 Mei ini.

“Sebenarnya fotografi itu diadakan khusus untuk acara istimewa, julung kali dan sangat bermakna ini.
la untuk konsert perdana sepanjang lebih dua dekad saya berkecimpung dalam dunia seni khususnya muzik iaitu Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun.
 
Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun terlalu istimewa buat saya kerana akan menjadi panggung dan pelamin khas untuk saya meraikan karier bersama peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan muzik saya selama ini.”

Siti Nordiana ditemui Murai MY di Sidang Media Eksklusif Siti Nordiana yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Konsert Solo Memori Berkasih Siti Nordiana bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur, serta tiker akan mula dijual pada 2 Februari ini. 
Harga tiket bermula pada harga RM188 hingga RM4,888 (VIP Box) dan boleh dibeli menerusi laman web Ticket2u.
Kononya Sudah Berkahwin Lagi, Siti Nordiana Tampil Perjelas Status Dirinya
siti nordiana
https://lomp.at/lwnxe
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem